Harian Metro

Imbau nostalgia pop yeh yeh

-

Mengimbau nostalgia zaman kegemilang­an pop yeh yeh, Radio Televisyen Malaysia

(RTM) mengajak penonton bersantai pada malam ini (30 September), jam 9 malam di TV 1 menerusi slot Dimensi Legenda dengan mengangkat tema Buloh Inn.

Menerusi program ini, penonton dihadiahka­n dengan kemunculan penyanyi popular era 1960-an menyanyika­n lagu yang terus menjadi malar hijau hingga kini. Ia kekal segar dan diminati ramai tidak kira peringkat usia.

Dengan menjelmaka­n semula set termasuk dari segi pemilihan pakaian, kaca mata hitam,

Vespa dan muzik, RTM cuba mengembali­kan nostalgia lagu yang pernah mendapat tempat di hati pendengar.

Mengimbau kembali zaman kegemilang­an genre itu, antara artis yang membuat persembaha­n ialah J Sham, Datuk Jeffry Din dan S Mariam, pasti mengubat rindu peminat. Dua artis undangan iaitu A Rozainie dan Aiman Tino juga akan menghiburk­an penonton.

Dijayakan rakaman 18

Julai lalu, persembaha­n satu jam setengah ini menjanjika­n lagu terbaik yang pernah mempopular­kan mereka sejak dulu hingga kini.

Antara lagu yang bakal didendangk­an adalah Sinar Bahagia, Resam Dunia dan Suratku Untuku yang mengangkat J Sham dalam industri muzik. Jeffry Din pula bakal menghiburk­an penonton dengan lagu Seruling Anak Gembala, Siti Haida dan Kenanganku.

Kemunculan S Mariam yang popular dengan lagu Hasrat Hati, Hilang Kasih dan Bertemasya pasti menjadi pengubat rindu. Sementara itu, kemunculan Aiman Tino dengan lagu Suzana dan A Rozainie dengan lagu Hidup Bersama menerusi segmen Memori Untukmu akan menggamit nostalgia.

Saksikan kemuncak persembaha­n dengan lagu La Obe yang menghimpun­kan semua artis yang terbabit dalam menjayakan konsert berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? WIDYUT JAMWAL
WIDYUT JAMWAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia