Harian Metro

Forteen tak berpecah

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com

Walaupun setiap anggota kumpulan kembang kerjaya solo

Keputusan setiap anggota kumpulan Forteen iaitu Izzue Islam, One, Ameer dan Ariz dalam mengembang­kan kerjaya solo mengundang spekulasi mengatakan mereka sudah berpecah.

Menguatkan lagi dakwaan itu apabila kumpulan yang ditubuhkan sejak 2012 itu tidak lagi bernaung bawah syarikat KRU Music.

Bagaimanap­un, Izzue yang mewakili kumpulan itu menafikan perkara terbabit sebaliknya berkongsi mereka kini kembali bersatu apabila dipilih menyertai sebuah program realiti.

“Cerita ini sudah lama diperkatak­an sejak saya mula aktif berlakon.

Malah perkara sama sering ditanyakan kepada kami. Apabila rakan lain pun mengikut jejak dengan terbabit dalam projek solo, ia menguatkan lagi spekulasi berkenaan.

“Ingin dijelaskan kami masih bersama dalam satu kumpulan. Tidak pernah berpecah pun. Ia cuma cakap-cakap orang. Apapun, kami tidak pernah salahkan mereka. Mungkin mereka tidak tahu situasi sebenar.

“Alhamdulil­lah, sekarang peminat boleh menyaksika­n kami semula. Insya-Allah, kemunculan kali ini sangat istimewa kerana ia sesuatu yang baharu dalam kerjaya kami selama ini,” katanya.

Menurut Izzue, pencapaian diraih setiap anggota dalam kerjaya bertitik tolak daripada Forteen.

Dalam erti kata lain, kumpulan yang popular menerusi lagu Berdua Bersatu itu cukup bermakna buat mereka.

“Tanpa Forteen siapalah kami hari ini. Kami bermula bersamasam­a dan melalui banyak perkara bersama. Susah senang kami selama ini semuanya bersama.

“Secara peribadi,

Forteen ada nilai sentimenta­l tersendiri. Kejayaan hari ini bertitik tolak daripada Forteen. Jadi tidak mungkin kami nak melupakan kumpulan ini.

“Selama ini setiap apa dibuat dirancang bersama. Malah, pembabitan kami dalam projek solo pun atas keputusan dan perbincang­an.

Tidak timbul isu nak membelakan­gkan sesiapa,” katanya.

Sementara itu, Ariz berkata selain penyertaan dalam pertanding­an realiti, Forteen bakal muncul dengan single terbaru.

“Pembabitan dalam pertanding­an ini adalah permulaan untuk kami bergerak secara kumpulan semula. Insya-Allah selepas ini kami akan muncul dengan single baharu. Buat masa sekarang sudah ada beberapa lagu.

“Kali terakhir adalah single Apa Ini Cinta iaitu tahun lalu. Kemudian kami fokus dengan kerjaya solo masing-masing. Saya sibuk berlakon, One pula mengembang­kan kerjaya di Indonesia. Ameer pun dengan lagu solo dia.

“Apapun, terima kasih kepada peminat yang tidak henti menyokong kami,” katanya.

 ??  ?? Cerita ini sudah lama diperkatak­an sejak saya mula aktif berlakon. Malah perkara sama sering ditanyakan kepada kami
Cerita ini sudah lama diperkatak­an sejak saya mula aktif berlakon. Malah perkara sama sering ditanyakan kepada kami

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia