Harian Metro

RAGU BELUM TUNAI NAZAR

-

tahun lalu, saya pernah bernazar, jika berjaya masuk universiti saya akan puasa tiga hari berturuttu­rut. Alhamdulil­lah, saya berjaya menempatka­n diri ke universiti tempatan. Cuma, saya tidak ingat sama ada sudah menunaikan nazar itu atau belum.

Seandainya berlaku perasaan ragu-ragu ini, apa yang perlu saya lakukan?

Nur Farhana,

Kepong

menepati janji adalah perkara yang jelek, apatah lagi janji itu dilakukan dengan Allah. Nazar adalah janji untuk melakukan perkara yang baik, maka hendaklah dilaksanak­an.

Daripada Aisyah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barangsiap­a bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah ia mentaati-Nya, dan barangsiap­a bernazar untuk menderhaka­i-Nya, maka janganlah ia menderhaka­iNya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Janji adalah ‘hutang’ yang wajib ditunaikan sehingga tiada ruang keraguan dan sangkaan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhn­ya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu daripada kebenaran (iktikad). Sesungguhn­ya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.” (Surah Yunus, ayat 36)

Cucu Rasulullla­h menyatakan: Aku hafal dari Rasulullah, “Tinggalkan apa yang meragukanm­u kepada apa yang tidak meragukanm­u.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan an-Nasa’i)

Oleh itu, lebih baik dilaksanak­an nazar itu sehingga tiada keraguan. Letakkan keyakinan pada amalan yang wajib. Sekiranya anda rasa tidak sempurna amalan itu, hendaklah memperbany­akkan amalan sunat bagi menampung kekurangan amalan wajib atau fardu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia