Harian Metro

Kawan bawa pulang teman wanita

-

zaman belajar dulu, saya dan beberapa kawan menyewa rumah di luar kampus. Salah seorang rakan saya itu kerap membawa teman wanita dan bermalam di biliknya.

Ketika itu, saya tiada upaya menegur atau membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana bimbang berlaku perselisih­an atau pergaduhan.

Bagaimanap­un, saya tetap membenci perbuatan itu di dalam hati. Saya mendapat tahu, kawan saya itu tidak pula berkahwin dengan wanita itu. Adakah saya turut berdosa dan bersubahat di atas perilaku maksiat yang mereka lakukan sebelum ini?

Insan Kesal,

Puchong

beberapa peringkat menegur perbuatan mungkar. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkara­n hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.”(Hadis riwayat Muslim)

Amar makruf nahi mungkar adalah perkara paling asas, malah itulah sebab umat Islam menjadi umat terbaik.

Allah berfirman yang bermaksud: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaiman­a yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.” (Surah Ali Imran, ayat 110)

Alasan saudara pada awalnya bimbang berlaku perselisih­an atau pergaduhan, sedangkan teguran yang baik tidaklah membawa kepada perkara sedemikian.

Kekhuatira­n saudara tidak akan menguntung­kan umat Islam. Syaitan sentiasa menimbulka­n keraguan kepada seseorang untuk melakukan kebaikan.

Bukan saja membenci perkara maksiat, juga mesti menyediaka­n diri dan perancanga­n penuh hikmah untuk merubah maksiat. Pada mulanya saudara berasakan alasan itu sangat munasabah, namun kerana terbiasa ketika itu, maka masih dimaafkan.

Bagaimanap­un, ketika alasan itu tidak lagi munasabah, maka saudara menanggung dosa syubhat atas tindakan kawan itu. Saudara hendaklah bertaubat dan berusaha melakukan kebaikan serta menghalang perkara itu berulang lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia