Empat kecelakaan penzina
Jefry, Sungai Buloh
adalah dosa besar. Mereka yang sudah bertaubat perlu menjalani hukuman ditetapkan al-Quran dan sunah. Jika tiada hukum itu, maka pemerintah menanggung dosanya.
Seluruh umat yang reda maksiat itu tanpa berusaha mengubahnya turut menanggung dosa akibat pelaksanaan syariat yang ditinggalkan.
Daripada Ibnu Umar, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap kalian bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang pemimpin yang memimpin rakyat akan bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang lelaki adalah pemimpin atas keluarganya, dan dia bertanggungjawab atas mereka semua, seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya, dan dia bertanggungjawab atas mereka semua, seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya, dan dia bertanggungjawab atas harta itu. Setiap kalian adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab atas kepemimpinannya.” (Hadis riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Jauhilah zina kerana kecelakaannya ada empat macam, hilang keelokan pada mukanya, disempitkan rezekinya dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekekalannya di dalam neraka.” (Hadis riwayat atTabrani)
Bagaimanapun, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Dalam satu firman-Nya yang bermaksud: “Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya,
Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah azZumar, ayat 53)
Sudah pasti mereka yang benar-benar bertaubat dengan taubat nasuha disertai syarat-syaratnya akan diampunkan dengan rahmat-Nya.