Harian Metro

BELAJAR DENGAN GURU ELAK SESAT

-

Abdullah bin Mas’ud R.A berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan itu, satu kebaikan akan digandakan 10 kebaikan dan aku tidak mengatakan ‘Alif Laam Miim’ satu huruf, sebaliknya Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.” (Hadis riwayat Tirmidzi dan disahihkan di dalam kitab Sahih Al-Jami’, no. 6469)

Begitulah ganjaran pahala yang disediakan Allah SWT buat mereka yang membaca al-Quran. Setiap huruf yang dibaca akan dikira sebagai pahala.

Bagi saya yang baharu mengenal Islam, saya sangat mengharap dapat membaca, memahami dan mengamalka­n apa yang terkandung dalam al-Quran.

Kalau kita belum pandai dan lancar membaca al-Quran, jangan risau dan malu kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Mereka yang mahir membaca al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi taat (Al-Safarah Al-Kiram Al-Bararah). Adapun orang yang membaca al-Quran dalam keadaan gagap, tersangkut dan terasa sukar ketika membacanya, baginya dua pahala.” (Hadis riwayat Muslim)

Sekiranya tidak pandai, kita perlu terus belajar dan jangan takut melakukan kesalahan. Melalui kesalahan itu, kita boleh perbaiki lagi sehingga berjaya.

Paling penting, jika ingin belajar tidak kira sama ada mengaji alQuran atau apa saja bidang ilmu, perlu berguru. Guru boleh menegur jika kita membuat kesalahan dalam proses pembelajar­an.

Belajar tanpa merujuk kepada guru yang arif menyebabka­n kita tidak sedar melakukan kesalahan kerana tiada siapa untuk menegur.

Saya akui, sebelum ini pernah belajar tanpa guru. Apa yang dipelajari, saya akan ikut kefahaman saja. Alhamdulil­lah, ada insan yang menegur kesalahan itu dan dapat memperbaik­i apa yang saya tidak tahu.

Akhir-akhir ini, banyak berlaku salah faham terhadap agama. Lihat saja pelbagai ajaran sesat yang wujud. Bukankah itu bukti jelas betapa syaitan akan menyesatka­n manusia yang membaca dan belajar tanpa berguru?

Berbicara pengalaman pada awal pengislama­n saya, ramai yang gembira dengan berita itu. Saya juga sangat gembira Allah SWT terima kembali ke fitrah Islam.

Selepas itu, ramai yang datang menawarkan diri mengajar mengenai Islam kepada saya. Disebabkan baru, saya masih tidak dapat membezakan yang mana satu betul dan sesat. Saya suka mendengar kisah sirah yang menceritak­an kebesaran dan mukjizat nabi.

Saya pernah diajar selawat dan di hujung selawat itu diselitkan nama guru mereka. Saya tidak tahu selawat sebegitu salah di sisi agama Islam.

Apa yang saya lihat, mereka baik dan prihatin menyebabka­n saya tidak nampak kesalahan mereka. Setahun kemudian, kumpulan itu juga berhasrat menjodohka­n saya dengan anak buah mereka.

Bagaimanap­un, saya menolaknya dengan baik. Syukur, selepas pulang mengerjaka­n ibadat umrah, saya bertemu jodoh dengan isteri saya sekarang.

Selepas berkahwin, isteri menegur cara saya berselawat dan menyatakan dalam Islam tiada selawat seumpama itu. Secara beransuran­sur, saya tidak berurusan lagi dengan kumpulan berkenaan.

Isteri saya juga menunjukka­n bukti kumpulan itu sebenarnya sudah diharamkan di Malaysia kerana mengamalka­n ajaran sesat.

Saya bimbang dengan saudara baharu lain yang sudah bersyahada­h akan terpengaru­h dengan kumpulan ajaran sesat antaranya, Syiah dan Wahabi.

Dua tahun pertama, jika tiada pemantauan dan bimbingan diberikan, mereka amat mudah berpatah kembali ke agama asal.

Itulah pentingnya teman baik untuk membimbing ketika mereka diuji dibuang keluarga, mendapat cemuhan orang Islam yang tidak membantu dan menghadapi masalah kewangan.

Sebagai saudara seagama, kita perlu menawarkan diri menjadi teman mereka untuk terus berada di landasan yang betul.

Senyum selalu,

Selalu bersangka baik, Insya-Allah hati tenang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia