Harian Metro

Malu dorong kita jauhi kehinaan

-

Dalam ilmu akhlak, ada satu sifat yang menjadi teras bagi ajaran

Islam iaitu sifat malu (al-haya’).

Sifat malu mendorong manusia tidak melakukan perkara yang dibenci atau tercela.

Ajaran Islam diwahyukan Allah SWT kepada Nabi Muhammad

SAW adalah panduan hidup yang lengkap bagi manusia mengenal dan mengakui Tuhan yang Maha Esa (akidah), melaksanak­an fungsi dan tanggungja­wab (ibadat) serta menghiasi peribadi dengan nilai kebaikan (akhlak).

Panduan itu dirangkumk­an dalam ilmu asas Islam atau disebut sebagai ilmu fardu ain yang mana setiap yang mengucapka­n kalimah “Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah” wajib mempelajar­i dan mengamalka­nnya.

Hakikatnya, ketiga-tiga cabang itu berhubung kait antara satu sama lain.

Pentingnya sifat malu kerana ia dapat memperkuku­hkan lagi pegangan akidah dan memandu pelaksanaa­n ibadat seseorang Muslim.

Perkara itu dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Malu dan iman sentiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, hilanglah yang lainnya.” (Riwayat al-Hakim)

Semakin tinggi iman seseorang, maka semakin tinggi harga dirinya. Apatah lagi dengan sifat malu juga seseorang Muslim dapat menghindar­i daripada melakukan perbuatan yang ditegah Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya antara perkara yang diketahui manusia daripada kalimat kenabian terdahulu adalah, jika engkau tidak malu, berbuatlah sesukamu.” (Riwayat Bukhari)

Setiap kemungkara­n yang berlaku sebenarnya disebabkan tiada sifat malu dalam diri manusia. Hilangnya sifat malu menyebabka­n seseorang berani melakukan maksiat secara terang-terangan di khalayak ramai.

Contohnya, ada golongan yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi tidak malu memakai dan berperwata­kan menyerupai wanita. Seolaholah mereka tidak hairan walaupun tahu perbuatan itu berdosa.

Begitu juga dalam laman sosial, ramai wanita bertudung tetapi semakin berani berhibur dan menayangka­n aksi mengghaira­hkan di khalayak ramai tanpa segan silu.

Sebab itulah sifat malu perlu ada dalam diri setiap umat Islam. Bagi seseorang wanita Islam terutamany­a, sifat malu itu diibaratka­n perhiasan.

Dalam hadis sahih Imam Muslim, sifat malu Rasulullah SAW digambarka­n melebihi wanita perawan.

Sifat malu juga adalah sebahagian fitrah seseorang wanita yang mendorong mereka memelihara kehormatan diri dan batas pergaulan apabila berhadapan masyarakat.

Sifat itu membantu mereka menghindar­i perkara negatif.

Dalam al-Quran, sifat pemalu disebutkan Allah SWT dalam kisah salah seorang anak Nabi Syu’aib yang diminta menjemput Nabi Musa selepas baginda membantu mereka memberi minum haiwan ternakan.

“Kemudian salah seorang daripada perempuan dua beradik itu datang mendapatka­nnya dengan berjalan dalam keadaan tersipusip­u sambil berkata: “Sebenarnya bapaku menjemputm­u untuk membalas budimu memberi minum haiwan ternak kami.”

Maka, ketika Musa datang mendapatka­nnya dan menceritak­an kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya), berkatalah orang tua itu kepadanya: “Janganlah engkau bimbang, engkau selamat daripada kaum yang zalim itu.” (Surah al-Qasas, ayat 25)

Sehubungan itu, ibu bapa perlu memupuk sifat malu dalam anak sejak kecil kerana ia akan melindungi diri mereka ketika ketiadaan ibu bapa di sisi kelak.

Antara cara memupuk sifat malu adalah dengan memberi kefahaman mengenai sifat ihsan.

Nabi Muhammad SAW menjelaska­n maksud ihsan iaitu: “Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhn­ya Dia melihatmu.” (Riwayat Muslim)

Malu bukan kerana kekurangan atau kelemahan diri pada mata manusia saja, malah ia tanda keimanan pada Allah SWT yang menyebabka­n kita sentiasa ingin melakukan amalan diredai-Nya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya setiap agama itu memiliki akhlak, dan akhlak Islam adalah rasa malu.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Justeru, sama-samalah membina sifat malu dalam diri supaya masalah sosial dan perkara negatif yang berlaku dalam masyarakat dapat dibendung.

Pandanglah dengan rahmah, ubahlah dengan berhikmah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia