Harian Metro

BERENANG BERBAJ U KEBAYA

-

prosedur operasi standard keselamata­n dalam penerbanga­n.

Latihan kebakaran disifatkan detik paling getir apabila ada dalam kalangan rakan media yang menyertai slot itu mengakui ‘buntu’ seketika sebaik memasuki bilik latihan terbabit.

Mana tidaknya, kumpulan itu perlu mencari jalan keluar di dalam kabut asap hitam menyelubun­gi segenap ruang bilik, selain perlu mengesan ‘penumpang’ terperangk­ap yang diletakkan secara rawak.

Tidak lama kemudian, beralih pula ke demonstras­i pendaratan di atas air. Melihat pelatih mengenakan kebaya masih mampu berenang dan membantu rakan sekerja memberi gambaran mereka ini bukanlah calon yang biasa-biasa kerana dapat melakukan tugasan diberikan dengan lancar.

Menurut Ketua Tenaga Pengajar School of Hospitalit­y MAA

berbanding dengan sekolah hospitalit­i penerbanga­n serata dunia, akademi kendalian beliau bersama jurulatih profesiona­l menetapkan piawaian paling ketat.

“Berbanding sekolah kru kabin lain, Akademi Malaysia Airlines antara sekolah kru penerbanga­n paling lama apabila tempoh latihan mereka menjangkau 82 hari dan latihan keselamata­n saja mengambil masa 21 hari.

“Pelatih diajar kaedah pertolonga­n cemas yang merangkumi aneka aspek kecemasan perubatan daripada melahirkan anak, serangan jantung atau tercekik sehinggala­h kepada ancaman keselamata­n ketika penerbanga­n.

“Sememangny­a kita tidak mahu semua insiden buruk berlaku tetapi sebagai pihak terbabit secara langsung dalam industri, kami menjangkak­an perkara terburuk boleh berlaku ketika penerbanga­n.

“Peranan kru kapal tidak sekadar menghidang­kan makan minum untuk penumpang, sebaliknya boleh beralih peranan menjadi ‘sesiapa saja yang diperlukan’ apabila kecemasan berlaku dalam penerbanga­n,” katanya.

Akademi terbabit mempunyai fasiliti lengkap termasuk reka dalaman kapal terbang model terkini yang membantu anak kapal menyesuaik­an diri dengan keadaan lapangan sebenar.

Sambil tersenyum

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia