Harian Metro

‘Ini hukuman rakyat kepada kita’

-

Lumpur: Kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bukan kerana kelemahan parti sebaliknya disebabkan kesilapan, salah laku pemimpin dan ahli sendiri.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kekalahan itu bukan juga disebabkan kekuatan musuh politik parti.

“Kita menerima kekalahan ini dengan penuh sedar dan insaf, sebagai takdir yang ditentukan Allah Azza Wajalla. Ini hukuman rakyat kepada kita. “Dahulu, mereka mendukung dan mengangkat kita, tetapi kerana sikap kealpaan kita, mereka menolak dan hilang keyakinan terhadap kita, lantas dengan mudah rakyat memberikan undi kepada lawan kita.

“Kita tewas lantaran tingkah kita yang bertentang­an dengan norma hukum dan bercanggah dengan budaya bangsa kita. Maka Allah SWT menghukum kita dengan balasan kekalahan yang amat perit sekali.

“Kerana pangkat dan kuasa, kita berantakan sesama sendiri. Kerana mengejar harta dan khazanah, kita sanggup mencantas sesama ahli. Akhirnya kita tergelinci­r hingga perjuangan Melayu dan Islam sanggup kita perjudi dan khianati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan dasar dalam Persidanga­n Pemuda UMNO, sempena Perhimpuna­n Agung UMNO di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Asyraf Wajdi juga berkata, pihak yang harus dipersalah­kan adalah pendukung dan pemegang amanah perjuangan UMNO yang mengkhiana­ti serta menanggalk­an idealisme perjuangan serta meleburkan pedoman Islam.

“Justeru, ini waktu terbaik untuk kita melihat siapakah pemimpin yang benar-benar setia kepada perjuangan ini? Setia kepada perjuangan bukan hanya di waktu berkuasa.

“Setia kepada perjuangan bukan hanya saat dilimpahi kesenangan. Tetapi, setia yang sejati adalah saat UMNO sedang diuji dengan pelbagai mehnah dan dugaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia