Harian Metro

LELONG AWAL

-

Peniaga tawar harga runtuh besar-besaran untuk tarik pengunjung, perwakilan

“Hari berniaga juga singkat dari seminggu sekarang cuma tiga hari saja. Kerana tak mahu tanggung risiko stok jualan yang dibawa juga dikurangka­n kepada 70 peratus.

“Tapi secara keseluruha­n setakat ini sambutan diterima daripada pelanggan masih dianggap okeylah (baik),” katanya.

Sementara itu peniaga pakaian wanita dan lelaki bermotifka­n batik, Mohamad Arif Daniel Jailani, 21, pula berkata, pemindahan lokasi gerai ke tingkat dua membolehka­n dia mengurangk­an kos berikutan harga sewa tapak turun sehingga 50 peratus.

Mohamad Arif berkata, pada penganjura­n sebelum ini sewa tapak dikenakan adalah RM4,000 dan tahun ini dia cuma membayar RM2,000 saja.

Dia mengakui perubahan politik semasa turut mempengaru­hi jumlah kedatangan pengunjung dan pelanggan ke gerai jualan disediakan.

“Kami mungkin bernasib baik sedikit dan kurang terkesan kerana sudah ada pelanggan tetap yang pasti akan singgah ke gerai setiap tahun sempena perhimpuna­n ini,” katanya.

Manakala, pengunjung dari Bota, Perak Saodah Ahmad, 48, menganggap keputusan untuk singgah ke gerai jualan berkenaan sebagai satu tuah kerana semua peniaga kebetulan menawarkan harga runtuh.

“Saya sudah beberapa kali datang ke perhimpuna­n, tapi tahun ini memang berbeza. Gerai jualan pun tak semeriah sebelum ini dan hanya ditempatka­n di satu lokasi saja,” katanya.

 ??  ?? PENGUNJUNG sibuk memilih kain yang dijual.
MOHAMAD Arif Daniel (kanan) melayan pelanggan yang datang ke gerainya.
PENGUNJUNG sibuk memilih kain yang dijual. MOHAMAD Arif Daniel (kanan) melayan pelanggan yang datang ke gerainya.
 ?? Mohamad Arif Daniel Jailani ?? Kami mungkin bernasib baik sedikit dan kurang terkesan kerana sudah ada pelanggan tetap yang pasti akan singgah ke gerai setiap tahun sempena perhimpuna­n ini”
Mohamad Arif Daniel Jailani Kami mungkin bernasib baik sedikit dan kurang terkesan kerana sudah ada pelanggan tetap yang pasti akan singgah ke gerai setiap tahun sempena perhimpuna­n ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia