Harian Metro

‘Hukuman sebat ibu tunggal rasional’

-

Kuala Terengganu: Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, supaya pelaksanaa­n hukuman sebat terhadap seorang ibu tunggal yang mengaku bersalah atas pertuduhan cuba melacurkan diri dibuat sesuai dengan perintah hakim yang turut memenjarak­an wanita itu.

Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Wan Abdul Malik Wan Sidek berkata, hukuman sebatan boleh dilaksanak­an di mana-mana atas perintah hakim yang mengendali­kan kes itu.

Menurutnya, bagi kes ibu tunggal itu, hakim mengambil pendekatan hukuman sebat sesuai dilaksanak­an di penjara kerana wanita itu turut dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan.

“Berdasarka­n hukuman diterima wanita itu, keputusan Hakim Tinggi Syarie Rosdi Harun memerintah­kan sebatan dilaksanak­an di penjara adalah rasional.

“Keputusan itu juga dimuktamad­kan bagi mengelakka­n kerja dua kali kerana wanita itu juga dipenjarak­an,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Khamis lalu, seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai pencanting batik sambilan dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan enam sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.

Bagaimanap­un, mahkamah memerintah­kan hukuman sebatan itu dilaksanak­an di penjara tempat tertuduh ditahan iaitu di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.

Beliau juga memerintah­kan hukuman itu dilaksanak­an selepas tempoh 14 hari sekiranya tiada rayuan dikemukaka­n tertuduh.

Mengikut pertuduhan, ibu kepada seorang anak perempuan berusia tujuh tahun itu dituduh mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 kerana perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia