Harian Metro

7 KALI MENANG

- Asmah Rusman asmah_rusman@nstp.com.my

Kontraktor raih hadiah kereta mewah dalam cabutan SSP

Sudah enam kali dia memenangi pelbagai hadiah sampingan cabutan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (SSP BSN).

Ternyata cabutan Ogos membawa tuah kepada kontraktor Basri Sinring, 42, apabila diumumkan sebagai pemenang kereta mewah BMW318i.

Basri berkata, dia mula menyimpan dalam SSP BSN pada 2011 secara konsisten dengan jumlah simpanan terkini mencecah RM6,000.

“Saya tertarik membuka akaun SSP kerana simpanan ini patuh syariah.

“Sebelum ini sudah enam kali menang hadiah sampingan. Apabila diberitahu menang kereta mewah, saya tidak percaya hingga dikunjungi pegawai BSN,” katanya.

Basri ditemui selepas Majlis Penyampaia­n Hadiah Cabutan SSP bulan Ogos di Wisma BSN, Jalan Ampang di sini, semalam.

Menurutnya, kereta mewah itu akan digunakan sendiri dan tidak ada perancanga­n menjualnya kerana membawa tuah.

“Bukan senang menang hadiah kereta mewah apatah lagi isteri dan tiga anak saya sangat teruja dan gembira,” katanya yang berasal dari Tawau, Sabah.

Sementara itu, seorang anggota polis dari Balai Polis Wilayah Persekutua­n (WP) Labuan, Koperal Joe anak Richard diumumkan sebagai pemenang RM1 juta bagi Cabutan Istimewa SSP BSN bulan Ogos.

Joe yang ditemui pada majlis itu bersyukur atas kemenangan itu tidak menyangka bergelar jutawan dalam sekelip mata.

“Saya baru selesai bertugas ketika dikunjungi pegawai BSN memberitah­u khabar gembira ini.

“Memang tak pernah duga dapat rezeki sebesar ini malah pada mulanya saya seakan-akan tak percaya kerana ini kali pertama menang hadiah cabutan sejak menyimpan pada 2009,” katanya.

Pada majlis itu, BSN turut mengumumka­n pemenang Cabutan SSP September.

Semua senarai pemenang boleh disemak di laman web BSN www.mybsn.com.my atau Facebook BSN @BSN Malaysia.

 ??  ??
 ??  ?? BASRI (kiri) bersama Naib Presiden/Ketua Perbankan Islam BSN, Mohd Supian Mat Nan.
BASRI (kiri) bersama Naib Presiden/Ketua Perbankan Islam BSN, Mohd Supian Mat Nan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia