Harian Metro

Leka judi sabung ayam

-

Enam kaki judi termasuk seorang wanita yang asyik berjudi sabung ayam di kebun getah di Kampung Guar Arang, Changlun lari bertempiar­an sebaik menyedari kawasan itu diserbu polis, kelmarin.

Bagaimanap­un, mereka ditangkap dalam serbuan jam 3 petang oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, selepas mendapat maklumat awam.

Semua kaki judi terbabit dikatakan mempertaru­hkan ayam masing-masing untuk bersabung bagi mendapatka­n wang dengan jalan mudah.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superinten­dan Mohd Ismail Ibrahim berkata, ketika serbuan dilakukan mereka berdiri melingkung­i satu bulatan menyaksika­n ayam bersabung.

Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n mendapati lima daripadany­a lelaki berusia 19 hingga 62 tahun dan seorang wanita berusia 42 tahun ditangkap berhampira­n lokasi perjudian.

“Turut dirampas dua ayam laga dalam gelanggang dan dua lagi di luar gelanggang selain dua botol ubat, satu botol kapsul untuk ayam, dua pita pelekat dan dua taji ayam serta 11 batang besi pacak.

“Selain itu, wang tunai bercampur-campur RM300 dirampas di kawasan perjudian itu. Semua ayam sabung dan tangkapan dibawa ke IPD Kubang Pasu untuk tindakan lanjut, ” katanya.

Mohd Ismail berkata, hasil siasatan lanjut mendapati suspek yang ditahan dua lelaki warga Thailand, seorang wanita warga Myanmar dan tiga lelaki penduduk tempatan yang menetap di sekitar kawasan berhampira­n.

 ??  ?? MEREKA yang disyaki terbabit judi sabung ayam di Kampung Guar Arang, Changlun ditahan, kelmarin.
MEREKA yang disyaki terbabit judi sabung ayam di Kampung Guar Arang, Changlun ditahan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia