Harian Metro

RAMAI DAFTAR SURI

- Shamsul Munir Safini cnews@nstp.com.my

Suri rumah serbu khemah KWSP di Jom Heboh Batu Kawan

Khemah pameran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi tumpuan pengunjung pada Karnival Jom Heboh anjuran Media Prima Berhad yang berlangsun­g di Stadium Batu Kawan di sini, semalam.

Pengunjung terdiri daripada golongan suri rumah tidak melepaskan peluang untuk menyimpan minimum RM5 di dalam akaun KWSP masing-masing melalui Program Sukarela Insentif (SURI).

Ahli Parlimen Batu Kawan, P Kasthurira­ani berkata, rakyat memperoleh pelbagai kemudahan melalui agensi yang membuat pameran hari ini selain barangan promosi ditawarkan.

Beliau berkata, mereka yang hadir juga dapat maklumat mengenai program SURI yang diumumkan kerajaan bagi membantu suri rumah meningkatk­an sekuriti pendapatan mereka.

“Di khemah pameran KWSP, suri rumah dapat mendaftar dengan agensi itu bagi mendapat faedah program SURI. Ia adalah sesuatu yang positif dan membantu rakyat,” katanya ditemui semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Johan Ishak berkata, Jom Heboh kali ke-15 itu buat pertama kalinya mendapat penyertaan daripada agensi seperti Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan KWSP.

Beliau berkata, penyertaan pertama kali itu bagi memberi galakan kepada orang ramai menyimpan selain menyertai program SURI yang diumumkan kerajaan.

“Batu Kawan menjadi lokasi ketiga karnival Jom Heboh pada tahun ini. Karnival ini sentiasa mendapat perhatian di seluruh negara,” katanya.

Johan berkata, jika pihaknya mendapat tajaan mencukupi, penganjura­n karnival itu akan diperluask­an sehingga ke Kuala Terengganu dan Kota Bharu.

Beliau berkata, sambutan dan kejayaan program itu adalah petunjuk positif dan momentum terbaik kepada Media Prima Berhad terutama bagi rangkaian televisyen­nya.

“Orang ramai dapat bertemu dan beramah mesra dengan pelakon dan artis selain melawat khemah yang disediakan mengikut slot program disiarkan di saluran Media Prima.

“Antara khemah pameran yang disediakan termasuk Bananana! Land, Drama Sangat, Kita Juara dan Raudhah,” katanya.

Jom Heboh Batu Kawan yang berlangsun­g bermula semalam sehingga hari ini adalah usaha bagi membolehka­n rangkaian televisyen Media Prima Berhad mendekati penonton mereka.

Pada malam kelmarin dan malam ini, diadakan Konsert Jom Heboh yang dibarisi beberapa artis terkenal tanah air.

 ??  ?? ORANG ramai yang hadir ke Karnival Jom Heboh di Batu Kawan, Pulau Pinang.
ORANG ramai yang hadir ke Karnival Jom Heboh di Batu Kawan, Pulau Pinang.
 ?? FOTO: MIKAIL ONG ABDULLAH ?? PENGUNJUNG tidak lepaskan peluang mellihat demonstras­i masakan di Karnival Jom Heboh di Batu Kawan, Pulau Pinang.
FOTO: MIKAIL ONG ABDULLAH PENGUNJUNG tidak lepaskan peluang mellihat demonstras­i masakan di Karnival Jom Heboh di Batu Kawan, Pulau Pinang.
 ??  ?? PESERTA menyertai pertanding­an mekap di gerai Hijab& Heels di Karnival Jom Heboh.
PESERTA menyertai pertanding­an mekap di gerai Hijab& Heels di Karnival Jom Heboh.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia