Harian Metro

RAYSHA BELUM SEDAR

- Norizuan Shamsuddin cnews@nstp.com.my

“Dia demam, denyutan nadinya juga lemah tiba-tiba, jadi kami bawa dia ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam tadi (Khamis).

“Sekarang Raysha kena tahan di wad untuk rawatan lanjut,” kata Farah Nur Shahirah Amran, 24, ketika berkongsi perkembang­an terkini tahap kesihatan anaknya Raysha Adriana Abdul Hazim, 3.

Farah berkata, Raysha yang menghidap Kanser Pleuropulm­onary Blastoma (ketumbuhan pada tisu paru-paru) tahap tiga, baru saja dibenarkan pulang ke rumah Selasa lalu selepas doktor berpuas hati dengan perkembang­an kesihatann­ya yang semakin positif.

Namun, anak bongsu dari dua beradik itu demam selepas beberapa hari berada di rumah keluargany­a di Kuarters Keretapi Tanah Melayu (KTM) Jalan Bangsar di sini.

Menurut Farah, doktor memaklumka­n tekanan darah Raysha, lemah dan berlaku jangkitan kuman pada paru-paru.

“Doktor menyaranka­n Raysha, berpuasa kerana kemungkina­n dia akan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kalau keadaan semakin lemah.

“Sehingga kini (semalam) Raysha masih belum sedar, mungkin disebabkan kesan ubat yang diberikan kepadanya.

“Saya harap Raysha, kuat untuk melawan penyakit ini dan dapat kembali pulih semula,” katanya ketika dihubungi, kelmarin.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan penderitaa­n Raysha, selepas disahkan menghidap sejenis kanser yang jarang berlaku kepada kanak-kanak, hasil pemeriksaa­n kesihatan pada awal Julai lalu.

Susulan itu, Raysha menjalani satu pembedahan bagi membuang ketumbuhan kanser pada paru-paru kanan yang menghalang saluran pernafasan­nya pada bulan sama.

Raysha, dijangka menjalani pembedahan kedua bagi membuang saki-baki sel kanser pada paru-parunya. Bagaimanap­un, keluargany­a berdepan kekangan kewangan bagi menampung kos rawatan kanak-kanak malang itu.

Malah, sehingga semalam tunggakan bil rawatan Raysha di HKL sudah tertunggak sebanyak RM3,000.

Orang ramai yang ingin membantu meringanka­n beban keluarga Raysha, boleh menyalurka­n sumbangan menerusi akaun Public Bank milik Farah Nur Shahirah Amran yang bernombor 4719257127.

 ??  ?? FARAH bersama Raysha yang masih belum sedar.
FARAH bersama Raysha yang masih belum sedar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia