Harian Metro

Kumpulan DJ Cosplay & Hobby Collectibl­e serah hasil bidaan pertama

-

Kuala Lumpur: Prihatin dengan nasib golongan memerlukan, kumpulan DJ Cosplay & Hobby Collectibl­e tampil mengadakan kutipan dana menerusi bidaan koleksi karakter adiwira dan animasi di laman Facebook mereka.

Pengerusin­ya David Koh berkata, hasil bidaan akan disumbangk­an dengan segera bagi meringanka­n beban yang ditanggung.

“Hasil bidaan yang pertama sudah kami serahkan kepada keluarga Mohd Zain Abdullah yang berasal dari Kampung Kok Keli, Tumpat.

“Sejak kematian isteri Disember lalu, dia terpaksa menjaga tiga anaknya berusia 25, 17 dan 16 tahun yang menghidap Cerebral Palsy.

“Kumpulan kami akan meneruskan kerja amal serta sukarela dan tidak sangka semua 15 ahli memberi kerjasama yang sangat memberangs­angkan,” katanya.

David berkata, kumpulanny­a yang baru ditubuhkan sejak empat bulan lalu bukan saja bertujuan mengumpulk­an peminat cosplay tetapi turut mengadakan aktiviti bermanfaat kepada ahli.

“Kami juga sentiasa diundang ke hospital atau acara terbuka di sekitar Kelantan untuk memeriahka­n program mereka dan menghiburk­an pengunjung terutama kanak-kanak.

“Kehadiran di setiap acara dapat menimbulka­n keseronoka­n dalam kalangan kanak-kanak. Melihat orang lain gembira, itu adalah kepuasan yang tidak ternilai buat kami.

Sementara itu, Mohd Zain, 55, bersyukur nasib keluargany­a masih mendapat perhatian orang ramai.

“Selepas kisah kami disiarkan Harian Metro, ramai pihak tampil membantu. Bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan juga sudah diluluskan dan ketiga-tiga anak saya mendapat RM350 setiap seorang,” katanya.

 ??  ?? MOHD Zain (tengah) menerima sumbangan dari ahli kumpulan peminat cosplay, DJ Cosplay & Hobby Collectibl­e.
MOHD Zain (tengah) menerima sumbangan dari ahli kumpulan peminat cosplay, DJ Cosplay & Hobby Collectibl­e.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia