Harian Metro

JIRAN BUSUK HATI

- Agensi

Satu keluarga terpaksa sengsara memanjat tembok batu di hadapan rumah mereka di Jombang, Jawa Timur, setiap hari selepas jiran membina tembok setinggi hampir dua meter itu kerana perselisih­an faham.

Menurut laporan media Indonesia, kewujudan tembok batu itu menyebabka­n mereka sukar keluar masuk kerana ia dibina bertentang­an pintu masuk rumah pasangan berkenaan.

Jika membawa barang, mereka terpaksa mengangkat barangan melepasi tembok sebelum memanjatny­a untuk masuk atau keluar.

Menurut Liputan 6, keadaan itu berlaku sejak dua bulan lalu apabila jiran di hadapan rumah tidak berpuas hati dengan air mengalir masuk ke kawasan rumahnya.

Namun, pasangan itu tidak menyangka jiran mereka sanggup mendirikan tembok betul-betul di hadapan rumah mereka.

Kompas melaporkan, pada mulanya, Siti Khotijah mencuci

„ Bina tembok hampir dua meter di hadapan rumah kerana perselisih­an faham

kenderaann­ya di depan rumah dan air mengalir ke kawasan rumah jirannya, Seger, sebelum berlaku pertengkar­an.

“Pada mulanya kami hanya bertengkar, namun tidak sangka pula dia terus membina tembok,” kata Siti Khotijah.

Seger yang ditemui, mengakui membina tembok berkenaan kerana tidak tahan dengan sikap jirannya yang sering menyakitka­n hati.

Menurutnya, Siti Khotijah sering menyebut tanah di hadapan rumah itu milik ibu bapanya menyebabka­n Seger berasa jengkel.

“Sejak mula lagi dia memusuhi saya. Saya mula jengkel apabila digelar sebagai pencuri tanah.

“Keadaan itu berlarutan bukan satu atau dua bulan tetapi hingga tujuh bulan,” katanya.

Kedua-dua pihak kini dalam proses berurusan dengan pihak berkuasa, termasuk ketua kampung bagi menyelesai­kan isu itu.

 ??  ?? SITI Khotijah dan suami terpaksa memanjat tembok untuk keluar dari rumah. - Agensi
SITI Khotijah dan suami terpaksa memanjat tembok untuk keluar dari rumah. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia