Harian Metro

HANYA SATU DOSA SAYA

„ Beri kebenaran kepada polis untuk laksana pembunuhan di luar undang-undang

- Agensi

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, buat kali pertama mengakui memberi kebenaran kepada polis untuk melaksanak­an pembunuhan di luar undang-undang ketika kempen memerangi dadah yang diarahkann­ya.

Menurut Reuters, Duterte yang terkenal dengan mulut celupar, membuat pengakuan itu ketika ucapan satu majlis angkat sumpah di Manila, Khamis lalu.

“Apa dosa saya? Adakah saya mencuri, walaupun satu peso? Adakah saya bunuh sesiapa yang saya penjarakan?

“Satu-satunya dosa saya ialah pembunuhan di luar undang-undang,” katanya tanpa memberi penjelasan lanjut.

Sebelum ini, banyak pihak menuding jari mendakwa Duterte sendiri mengarahka­n pelaksanaa­n program pembunuhan pengedar dan penagih dadah selepas berikrar melindungi polis yang melepaskan tembakan, namun beliau menafikan terbabit secara langsung.

Mac lalu, Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC) mengesahka­n menyiasat dakwaan melakukan jenayah terhadap kemanusiaa­n dalam kempen perang dadah, ketika beliau menjadi Datuk Bandar Davao dan presiden.

Duterte kemudian mengumumka­n Filipina keluar dari Perisytiha­ran Rome yang memberi kebenaran kepada ICC untuk menyiasat negaranya.

Menurut statistik rasmi, 4,500 orang, sebahagian besarnya penagih dan pengedar dadah kecil-kecilan dibunuh polis dalam kempen yang didakwa ‘operasi sah anti dadah’ selepas Duterte menjadi presiden.

Bagaimanap­un, laporan 77 muka yang dikemukaka­n kepada ICC menyatakan jumlah yang dibunuh lebih 8,000 orang, malah ada pertubuhan hak asasi manusia menganggar­kan sehingga 12,000 mangsa.

Kerajaan mendakwa mereka ditembak mati kerana melawan ketika ditahan atau dibunuh kumpulan kongsi gelap lain.

Sementara itu, menurut akhbar The Guardian, pegawai Duterte berkata, presiden ‘tidak serius’ dan ‘bercakap seloroh’.

Ketua Polis Kebangsaan Filipina, Oscar Albayalde berkata, Duterte bercakap seperti itu kerana kecewa.

“Tiada arahan diberi kepada kami untuk membunuh, walaupun suspek,” katanya.

 ??  ?? DUTERTE
DUTERTE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia