Harian Metro

Kemenangan saya sah: PM Kemboja

-

New York (PBB): Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, menegaskan pihak luar tidak sepatutnya campur tangan dengan mempertika­ikan kesahihan kemenangan­nya dalam pilihan raya baru-baru ini, yang mencetuska­n kontrovers­i.

Hun Sen mengeluark­an kenyataan itu selepas beberapa pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meragui kesahan pilihan raya berkenaan dan sama ada ia boleh dianggap sebagai demokratik atau sebaliknya.

Parti pimpinan Hun Sen, Parti Rakyat Kemboja, memenangi semua 125 kerusi yang dipertandi­ngkan selepas beliau memenjarak­an beberapa pencabar politik dan wartawan.

Hun Sen sudah memegang jawatan itu selama lebih 33 tahun.

Majlis Hak Asasi Manusia PBB, dalam laporannya yang dibentangk­an oleh Wakil Khas PBB bagi Kemboja, Rhona Smith berkata, pilihan raya itu menjejaska­n demokrasi pelbagai parti dan menjadikan ia sebagai satu sejarah bagi tempoh lima tahun akan datang.

Namun, Hun Sen ketika berucap pada Perhimpuna­n Agung PBB (UNGA) di sini, memberi amaran terhadap campur tangan pihak luar dalam politik Kemboja.

“Hak rakyat Kemboja untuk memilih dan keputusan pilihan raya yang sah bukan satu perkara yang menjadi persoalan atau perdebatan.

“Namun, bagi pihak luar, yang dalam misi untuk campur tangan dalam hal ehwal tempatan Kemboja masih gagal melihat kualiti dan integriti proses pilihan raya yang dijalankan, dengan mengeluark­an kenyataan menentang atau menyerang hasil keputusan pilihan raya itu.

“Tindakan itu boleh dianggap sebagai satu penghinaan terhadap rakyat Kemboja,” kata Hun Sen. AFP

 ??  ?? HUN Sen
HUN Sen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia