Harian Metro

MISAI TERPANJANG DI DUNIA

- Agensi

Seorang lelaki yang tidak pernah memotong misai sejak 33 tahun lalu merampas gelaran misai terpanjang di dunia daripada pemegang rekod dengan ukuran misainya sepanjang 6.70 meter.

Misai Girdhar Vyas dari Bikaner, Rajasthan, India, lebih panjang kira-kira 1.06 meter berbanding Ram Singh sebagai pemegang rekod sebelum ini dengan misainya sepanjang 5.63 meter.

Menurut Daily Mail yang memetik media tempatan, Girdhar kini ibarat selebriti di kampungnya apabila ramai yang tertarik dan mahu bergambar bersama kerana misainya itu.

Kakitangan awam itu terlalu komited menyimpan misai sejak

1985 dan meluangkan masa

„ Lelaki miliki misai hampir tujuh meter pecah rekod

kira-kira tiga jam setiap hari untuk penjagaan.

Dia memberitah­u saluran televisyen Bulgaria, BTV, bukan mudah untuk menyimpan misai sepanjang 6.70 meter.

“Ia bukan mudah kerana mengambil masa dua hingga tiga jam untuk menjaganya setiap hari. “Perkara pertama yang saya lakukan setiap hari sebaik bangun tidur ialah meletakkan misai di atas tilam. Selepas itu, menyapu minyak yang mengambil masa dua jam.

“Kemudian, saya mengambil lemon serta serbuk lada hitam untuk disapu pada misai setiap petang bagi melembutka­nnya,” katanya.

Menurut Girdhar yang digelar sebagai ‘Lelaki Misai’ di kampungnya, dia hanya mencuci misai setahun sekali, namun tidak menggunaka­n sebarang shampu untuk mengelak bahan kimia.

“Saya menyapu dadih dan lemon. Setiap kali mandi, saya membungkus misai dalam beg supaya tidak basah.

“Bagaimanap­un, mempunyai misai panjang menyebabka­n banyak makanan yang saya tidak boleh makan.

“Saya perlu memilih dan langsung tidak boleh makan ais krim atau makan tanpa menggunaka­n sudu,” katanya.

 ??  ?? GIRDHAR ibarat selebriti di kampungnya apabila ramai yang mahu bergambar bersama kerana misainya. - Agensi
GIRDHAR ibarat selebriti di kampungnya apabila ramai yang mahu bergambar bersama kerana misainya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia