Harian Metro

‘SAYA HANYA IKUT PERANCANGA­N’

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

„ Gelaran Raja Pecut SUKMA 2018 jadi bekalan Aqil untuk saingan Kejohanan Olahraga ATM

Aura positif selepas bergelar Raja Pecut Sukan Malaysia (SUKMA) akan menjadi bekalan buat Muhammad Aqil Yasmin untuk dibawa ke Kejohanan Olahraga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan berlangsun­g di Lumut bermula 3 hingga 5 Oktober ini.

Aqil yang meraih gelaran berganda di SUKMA Perak dalam acara 100 dan 200 meter (m) baru-baru ini bagaimanap­un menegaskan hanya akan menyertai acara 200m dan 4x100m.

Ia kerana Kejohanan ATM hanya untuk mengekalka­n momentum larian berikutan fokus utamanya adalah kejohanan lebih kompetitif seperti Kejohanan Olahraga Universiti ASEAN (AUG) di Myanmar pada Disember depan.

“Saya hanya mengikut perancanga­n jurulatih (Simon Lau) kerana beliau tahu apa yang terbaik bagi saya.

“Kejohanan AUG lebih besar

dan jika boleh saya mahu melakukan yang terbaik seperti mencatatka­n rekod peribadi sekali lagi jika boleh,” katanya yang akan beraksi buat kali pertama di AUG.

Ditanya sama ada dia sekali lagi mampu mencapai kemuncak prestasi, Aqil yang merekodkan catatan terbaik peribadi 10.39 saat (s) ketika SUKMA lalu berkata, dia yakin masih lagi boleh memberi yang terbaik di AUG.

Atlet kelahiran Klang, Selangor itu dijangka akan beraksi bersama Johnathan Nyepa di AUG namun tidak pasti pesaing dari negara jiran yang lain.

Bagaimanap­un itu bukan masalah buat dirinya dan dia yakin akan perancanga­n jurulatih yang mampu menjadikan dia sebagai pelari terbaik negara satu hari nanti.

 ??  ?? MUHAMMAD Aqil (tengah) memenangi acara 100 meter lelaki pada SUKMA Perak 2018 di Stadium Perak.
MUHAMMAD Aqil (tengah) memenangi acara 100 meter lelaki pada SUKMA Perak 2018 di Stadium Perak.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia