Harian Metro

‘Gantung’ raket sehingga betul-betul pulih

-

yakin dan pasti peminat badminton negara masih belum dapat ‘move on’ dengan berita tergempar minggu lalu apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahka­n Datuk Lee Chong Wei menghidap kanser hidung peringkat awal.

Malah saya sendiri terkejut dengan berita itu. Bagaimana seorang atlet yang cukup luar biasa dan berkelas dunia, tidak terlepas daripada menghidap penyakit yang kini menjadi igauan ramai.

Apapun ini semua adalah takdir Tuhan. Siapa kita untuk menolak takdir daripada-Nya yang lebih mengetahui perjalanan hidup setiap manusia di muka

(gambar)

bumi ini.

Kolum saya minggu lalu juga ada menyentuh mengenai Chong Wei tetapi tidaklah terlalu mendalam mengenai penyakitny­a.

Saya katakan ketika itu Chong Wei mungkin tidak akan bersara, sebaliknya akan meneruskan kariernya selaku pemain selepas sihat sepenuhnya.

Namun mengambilk­ira perkembang­an semasa membabitka­n bekas pemain nombor satu dunia itu, saya fikir adalah lebih elok untuk Chong Wei menumpukan sepenuhnya terhadap proses rawatannya.

Lupakan seketika bulu tangkis, raket dan gelanggang kerana ketika ini tahap kesihatann­ya perlu diutamakan terlebih dulu.

Chong Wei sudah sekian lama berjuang di atas gelanggang. Sudah banyak deretan kemenangan yang dikecapiny­a.

Sudah mengelilli­ngi satu dunia. Namanya setaraf atlet berkelas dunia lain. Kalau di China, popularnya setaraf Lin Dan!

Itulah aura Chong Wei. Semua ini hasil penat lelah dan tidak pernah mengenal erti berputus asa yang diusahakan­nya sejak sekian lama.

Pahit manis yang dilaluinya tidak diketahui ramai. Kini Chong Wei berdepan satu lagi perlawanan epik yang membabitka­n dirinya sendiri.

Perjuangan yang memerlukan segala kekuatan emosi dan fizikal yang tanpa memerlukan nasihat jurulatih di tepi gelanggang.

Kalau sebelum ini dia mampu mengharusi segala rintangan - kerana dia sememangny­a pejuang - kali ini sama-samalah kita terus memberi sokongan kepadanya untuk melawan penyakitny­a.

Jumpa lagi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia