Harian Metro

RAPATKAN JURANG

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Sebagai usaha merapatkan jurang di antara pemain junior dan senior kebangsaan, Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) akan mengadakan kejohanan dalaman selama 15 hari bermula hari ini.

Secara keseluruha­n, seramai 26 pemain boling lelaki dan wanita negara akan mengambil bahagian dalam sesi berkenaan yang berakhir pada 19 Oktober ini.

Lebih menarik, tujuh atlet termasuk dua daripada program Kita Juara iaitu Tun Hakim Tun Hasnul Azam dan Hafiz Zainuddin serta lima daripada skuad remaja kebangsaan - Brandon Ting, Akmal Qayyim, Adam Azza Zailan, Nevern Netaneel dan Shafiy Zaim - turut bersaing untuk terpilih dalam pasukan negara ke Kejuaraan Lelaki Dunia di Hong Kong yang berlangsun­g pada 23 November hingga 5 Disember depan.

Setiausaha Agung MTBC Maradona Chok ketika dihubungi berkata: “Sebab mengapa kami memutuskan untuk melakukan perkara itu adalah untuk mengukur kekuatan keseluruha­n

(gambar),

kami.

“Sesi kejohanan dalaman ini bukan saja untuk memutuskan skuad lelaki bagi kejohanan dunia, kerana kami juga mahu pemain remaja kita mengejar kualiti pemain senior dengan lebih pantas.

“Dengan cara ini, kami mahu memberikan pendedahan permainan di tahap tertinggi dengan lebih awal. Ia turut memberi mereka peluang yang baik untuk menyinar dan mungkin

pemain-pemain mengisi tempat dalam skuad lelaki negara yang beraksi di Kejuaraan Dunia.”

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas di Kejuaraan Dunia adalah pada 1979 di Manila, Filipina.

Secara keseluruha­n, semua pemain akan mengharung­i enam perlawanan sehari, dengan penggilira­n lima pelapisan minyak yang berbeza.

Selain Kejuaraan Dunia, Maradona turut mengesahka­n Rafiq Ismail - yang menamatkan Jelajah Boling Dunia Thailand di kedudukan ketiga, kelmarin - akan menyertai Terbuka Amerika Syarikat di Kansas yang bermula pada 24 hingga 31 Oktober ini.

Dua pemain juga akan dipilih bagi Piala Dunia yang dijadual berlangsun­g di La Vegas pada November depan.

„ 26 pemain boling lelaki, wanita berentap dalam kejohanan anjuran MTBC selama 15 hari

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia