Harian Metro

Pasukan Futsal UiTM Melaka berpuas hati di tempat kedua

- Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

Melaka: Pasukan futsal Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka tetap berpuas hati muncul naib juara Kejohanan Futsal Karnival Sukan Mahasiswa UiTM Malaysia (KARISMA) 2018 selepas tewas 1-4 kepada UiTM Shah Alam pada aksi final di Tapah, Perak baru-baru ini.

Walaupun menang 2-1 ke atas Shah Alam pada saingan peringkat kumpulan namun lawan berjaya menebus kehampaan itu pada aksi final.

Jurulatih futsal UiTM Melaka, Muhammad Syaifullah Norhizan berkata, kejayaan tetap membanggak­an berikutan berjaya mengecewak­an lawan pada peringkat awal walaupun gagal diulangi pada saingan final.

Katanya, Melaka menewaskan Pahang 4-0 untuk muncul juara kumpulan sebelum mengatasi Kelantan 7-0 (suku akhir) dan mengecewak­an Sabah 3-1 di peringkat separuh akhir untuk bertemu Shah Alam.

“Apa pun kejayaan menewaskan Shah Alam 2-1 untuk muncul juara 2016 gagal diulangi kali ini.

“Pengalaman luas pasukan itu yang beraksi di Liga Super Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tetap berjaya disaingi malah bukan halangan untuk mengejutka­n mereka pada KARISMA 2019.

“Tahniah kepada semua pemain, pengurusan UiTM Melaka yang diketuai Rektor Profesor Madya Sabariah Mahat dan pembantu jurulatih Mohd Azaley Mahat serta warga kampus atas kejayaan terbabit,” katanya.

Menurutnya, latihan sistematik bakal disusun bagi mengharung­i Liga Perdana IPT di Pulau Pinang.

 ??  ?? PEMAIN futsal UiTM Melaka ceria muncul naib juara KARISMA 2018 di Tapah, Perak.
PEMAIN futsal UiTM Melaka ceria muncul naib juara KARISMA 2018 di Tapah, Perak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia