Harian Metro

BOLOT NAIB JOHAN

-

„ Skuad hoki lelaki, perempuan Negeri Sembilan

tetap berbangga dengan pencapaian

Biarpun terus gagal menamatkan penantian untuk meraih kejuaraan, namun skuad hoki lelaki dan perempuan Negeri Sembilan masih boleh berbangga dengan pencapaian naib johan bagi kedua-dua kategori di Kejohanan Bawah 12 (B-12) Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2018 di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Bagaimanap­un, kegagalan di final itu sedikit pahit untuk ditelan selepas pasukan cilik lelaki dan perempuan Negeri Sembilan masing-masing tewas kepada tuan rumah Perak yang awalnya dianggap sebagai bukan pilihan.

Aksi final lelaki menyaksika­n Negeri Sembilan tewas 7-8 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam aksi masa sebenar.

Namun, harapan untuk melihat pasukan perempuan Negeri Sembilan membalas dendam buat pasukan lelakinya turut gagal apabila skuad kendalian Jamaliah Mohd Said tumbang 1-2 kepada Perak dalam aksi selepas itu.

Bagi Jamaliah, beliau tetap berbangga dengan pencapaian anak-anak buahnya yang menunjukka­n aksi cemerlang selain terus berjaya mengekalka­n kedudukan podium buat kali keempat berturut-turut.

“Saya bangga dengan pasukan perempuan yang menunjukka­n prestasi cemerlang setiap tahun dan tidak pernah mengecewak­an saya.

“Malah apa yang membanggak­an saya pemain saya iaitu Nurdini Batrisya Redzuan terpilih sebagai pemain terbaik kejohanan bagi kategori perempuan B-12,” katanya.

Selain Nurdini, Negeri Sembilan turut menggondol anugerah pemain terbaik B-12 lelaki menerusi Muhammad Amierul Haziq.

Sejak lima tahun terakhir ini Negeri Sembilan muncul antara kuasa sukan hoki peringkat sekolah rendah hasil kesungguha­n Sekolah Kebangsaan Kompleks KLIA yang menjadi kilang melahirkan pemain buat negeri terbabit.

Buktinya apabila skuad B-12 Negeri Sembilan kali ini masing-masing diperkuatk­an 11 pemain dari SK Kompleks KLIA.

 ??  ?? SKUAD hoki lelaki dan perempuan Negeri Sembilan menunjukka­n pingat dimenangi mereka di Kejohanan B-12 MSSM 2018.
SKUAD hoki lelaki dan perempuan Negeri Sembilan menunjukka­n pingat dimenangi mereka di Kejohanan B-12 MSSM 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia