Harian Metro

TAMPIL CEMERLANG

Garcia, Poulter bantu Eropah kuasai acara fourballs dahului Amerika Syarikat

- AFP

Pemain veteran Piala Ryder, Sergio Garcia dan Ian Poulter tampil cemerlang ketika membantu pasukan Eropah menguasai acara foursomes selepas bangkit mendahului Amerika Syarikat 5-3, kelmarin.

Ketinggala­n dua mata selepas acara pembukaan fourballs pada sebelah pagi di lapangan Le Golf National, kapten tuan rumah Thomas Bjorn memasukkan pilihan wildcard Poulter, Garcia serta Henrik Stenson dan ia membuahkan hasil.

“Sukar untuk mengatakan sesi ini tidak cemerlang, tapi anda perlu melihat dari sudut lain dan menyatakan sesi pagi tidak begitu bagus,” kata Bjorn.

“Ia adalah kemuncak. Apabila anda menyapu bersih, ia sesuatu yang amat istimewa buat pemain yang beraksi di lapangan.”

Kapten AS, Jim Furyk mengetepik­an Tiger Woods dan Patrick Reed selepas kekalahan mereka di tangan Francesco Molinari dan Tommy Fleetwood membuka ruang buat Eropah dan pemainnya seakan-akan kehilangan rentak pada aksi sebelah petang.

“Saya rasa kami mempunyai momentum menjelang tengah hari, tapi kami tidak meneruskan­nya,” kata Furyk.

“Eropah menampilka­n persembaha­n hebat.”

Ia kemenangan bersih pertama foursomes buat tuan rumah dalam sejarah Piala Ryder, membalas dendam atas kekalahan 0-4 pada hari pertama ketika AS menang di Hazeltine dua tahun lalu.

AS yang menampilka­n pemain bintang dengan diperkuat sembilan juara kejohanan utama, memburu kemenangan pertama di bumi Eropah sejak 1993.

 ??  ?? GARCIA
POULTER
GARCIA POULTER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia