Harian Metro

TERUS BERJUANG

-

Pengurus Neil Warnock menggesa Cardiff City melakukan kebangkita­n selepas mencatat permulaan buruk dalam Liga Perdana Inggeris musim ini apabila mereka masih belum mencatat kemenangan.

Cardiff berdepan kunjungan Burnley malam ini yang berkongsi tangga tercorot dengan hanya dua mata daripada enam perlawanan susulan dua kekalahan besar 1-4 kepada Chelsea dan 0-5 di tangan Manchester City.

Bluebirds tidak kalah dalam 13 perlawanan menentang Clarets bagi semua pertanding­an namun mereka tidak menang dalam semua tujuh perlawanan setakat ini, musim ini.

“Senarai jadual tidak begitu memihak kami, bagi 10 perlawanan pertama kami berdepan tujuh daripada 10 pasukan terbaik tahun lalu,” kata Warnock.

“Ia agak kejam buat kami, tapi kami perlu terus berjuang.

“Selain beraksi menentang enam pasukan terbaik, apa saja boleh dimenangi dalam liga ini dan Burnley termasuk dalam kategori itu.”

Burnley memburu kemenangan berturut-turut liga buat kali pertama sejak April lalu apabila mereka menuju ke Wales selain kejayaan pertama di gelanggang lawan menentang pasukan pendatang baru.

Clarets kalah aksi Piala Liga Inggeris pada pertengaha­n minggu ini di tangan pasukan Liga Satu, Burton Albion dan pengendali Sean Dyche sedar kunjungan ke Cardiff peluang terbaik memperbaik­i rekod buruk di laman lawan.

„ Warnock mahu Cardiff City

akhiri kemarau kekalahan

 ??  ?? BEK kiri Cardiff Greg Cunningham (kanan) cuba
menghalang bintang Manchester City, Raheem
Sterling dalam aksi EPL.
BEK kiri Cardiff Greg Cunningham (kanan) cuba menghalang bintang Manchester City, Raheem Sterling dalam aksi EPL.
 ??  ?? RASHFORD (kiri) jaring gol tunggal United.
RASHFORD (kiri) jaring gol tunggal United.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia