Harian Metro

TAK SANGKA BOLEH ‘MAKAN’ BAYERN...

„ Semangat juang Berlin buat lawan pulang tangan kosong

- Berlin AFP

Pemain tengah Hertha Berlin, Ondrej Duda meledak gol kelimanya dalam lima aksi liga semalam ketika pendahulu Bundesliga, Bayern Munich mengalami kekalahan mengejut 0-2 di tempat lawan.

Berlin mendahului 2-0 sebelum rehat di Stadium Olimpik yang dipenuhi 74,669 penonton, hasil jaringan penalti Vedad Ibisevic sebelum pemain Slovakia, Duda yang kini mendahului senarai penjaring, menambah gol kedua.

“Bukan setiap hari anda dapat menewaskan Bayern,” kata kapten Hertha, Ibisevic yang skuadnya kini menyamai Bayern di puncak liga dengan 13 mata.

“Kuncinya adalah percaya kepada keupayaan diri sendiri dan pemain memberikan usaha terbaik mereka.”

Niko Kovac sebaliknya mengalami kekalahan pertama dalam sembilan perlawanan sebagai pengendali Bayern.

“Ia tidak sepatutnya berlaku,” kata Kovac yang berang selepas anak buahnya melakukan deretan kesilapan, terutama pada babak pertama.

“Kami tidak sepatutnya mula bercakap buruk mengenai setiap perkara sekarang - sesiapa yang mengenali Bayern pasti tahu kami tidak akan menerima perkara sedemikian.”

Kekalahan itu hadir di tangan bekas kelab Kovac dan pada masa paling kritikal dengan perlawanan Liga Juara-Juara di laman sendiri menentang Ajax menanti Selasa ini.

Jurulatih Hertha, Pal Dardai meraikan kemenangan pertamanya ke atas Bayern - kemenangan pertama kelab ke atas Munich sejak 2009 dan pada percubaan ke-15 mereka.

 ??  ?? IBISECIC (kiri) ledak gol kedua Berlin melalui sepakan penalti. DUDA (kiri) diasak pemain Bayern, Joshua Kimmich.
IBISECIC (kiri) ledak gol kedua Berlin melalui sepakan penalti. DUDA (kiri) diasak pemain Bayern, Joshua Kimmich.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia