Harian Metro

Monaco tewas lagi

-

Saint-Etienne, Perancis: AS Monaco mengalami kekalahan keenam dalam semua pertanding­an musim ini apabila mereka tumpas 0-2 di Saint-Etienne, satu lagi kejutan membimbang­kan hanya beberapa hari sebelum berdepan Borussia Dortmund dalam aksi Liga Juara-Juara.

Monaco, naib juara Ligue 1 di belakang Paris Saint-Germain musim lalu, kekal di tangga ketiga tercorot dengan hanya menang sekali pada hari pembukaan liga.

Kekalahan semalam adalah yang kedua buat Monaco minggu ini selepas mereka kecundang 0-1 kepada Angers, Selasa lalu.

Aib di tangan Angers menyebabka­n jurulatih yang tertekan Leonardo Jardim melakukan tujuh pertukaran dalam kesebelasa­n utamanya namun tindakan radikal itu tidak banyak membantu.

Radamel Falcao mensia-siakan beberapa peluang sebelum Saint-Etienne menguasai perlawanan.

Pemain tengah Tunisia, Wahbi Khazri membuka tirai jaringan empat minit sebelum rehat apabila dia menyambut hantaran lambung rakan sepasukan dari Norway, Ole

Selnaes sebelum merembat masuk melepasi penjaga gol Monaco, Diego Benaglio.

Khazri menambah gol kedua pada minit ke-54 bagi gol ke-40 kariernya dalam Ligue 1 dan keempat musim ini.

“Kami melakukan kesilapan dari segi bertahan dan kami dihukum, terutama bagi gol pertama Khazri,” akui Jardim.

“Kami perlu menumpukan lebih terhadap situasi

sebegini. Secara prinsip, jika kami mempunyai enam peluang kami mesti menjaringk­an dua atau tiga gol tapi pemain kami kurang yakin.”

Saint-Etienne kini di tangga kedua carta, enam mata di belakang PSG yang melakar catatan sempurna menang semua tujuh perlawanan.

- AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia