Harian Metro

TEONG KIM ‘SELAMAT’

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

„ Syed Saddiq mahu kekal bekas pengendali skuad B-16

Kedudukan Lim Teong Kim sebagai Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) tidak akan tergugat meskipun dipecat daripada tugas mengendali­kan skuad Bawah-16 tahun negara susulan kegagalan ke Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan. Perkara itu disahkan Menteri

Belia dan Sukan, Syed Saddiq

Syed Abdul Rahman yang tidak akan memecat beliau meskipun mahu menilai semula pakej gaji RM175,000 sebulan tanpa cukai dibayar kepada Teong Kim di bawah Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP).

Beliau berkata, tindakan itu bukan bermaksud mempersoal­kan kelayakan bekas jurulatih skuad muda Bayen Munich itu menerima jumlah gaji yang dianggap tinggi bagi menguruska­n skuad bawah 16 (B-16) tahun negara.

“Rakyat perlu tahu bahawa sebelum ini 80 peratus daripada gaji beliau dibayar oleh penaja, tapi sejak dua tahun lalu, MSN (Majlis Sukan Negara) menanggung semua pembayaran itu selepas penaja menarik diri. Tanggungja­wab MSN kepada sukan lain akan turut terjejas.

“FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) memecat Teong Kim sebagai jurulatih skuad B-16 tahun. Ini tiada kaitan dengan NFDP dan beliau masih Pengarah Akademi Bolasepak Negara yang sah di bawah NFDP sehingga kini.

“Saya juga mahukan Teong Kim terus menerajui NFDP dengan kepakaran yang beliau ada, tapi situasi kewangan yang ada pada MSN ketika ini tidak mampu untuk menanggung pakej (gaji) yang sama.

“Jadi, saya harap perbincang­an dengan beliau bakal menemukan titik tengah yang menguntung­kan kedua-dua pihak demi masa depan bola sepak negara,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kedudukan Teong Kim sebagai Pengarah AMD menjadi tanda tanya selepas skuad B-16 gagal mencapai sasaran mara ke Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan apabila tersingkir di peringkat kumpulan pada Kejohanan B-16 AFC.

Malah, pengumuman Syed Saddiq mengenai gaji bulanan diterima Teong Kim mencetuska­n pelbagai reaksi daripada banyak pihak.

Sukan NSTP kelmarin turut melaporkan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianath­an menyifatka­n tiada jurulatih skuad muda di dunia ini mendapat gaji seperti diterima Teong Kim.

Menerusi kenyataan sama, Syed Saddiq menjelaska­n penilaian semula akan dilakukan bukan saja terhadap gaji pengurusan NFDP, tetapi akan merangkumi semua aspek termasuk pertanding­an dan perbelanja­an alatan.

“Berkenaan bajet tahunan dari kerajaan untuk program NFDP, saya akan berbincang dengan rakan sejawat dari Kementeria­n Kewangan untuk mengambil kira keperluan peruntukan sesuai dan munasabah bagi terus membantu membangunk­an bola sepak di peringkat pembanguna­n akar umbi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia