Harian Metro

SASARAN REALISTIK

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

„ Hodak jadikan insiden skuad B-16 sebagai pengajaran

untuk tentukan hala tuju pasukan kendaliann­ya

Pengendali skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Bojan Hodak mahu bersikap lebih realistik dalam menentukan hala tuju skuad kendaliann­ya pada Kejuaraan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-19 di Indonesia bermula 18 Oktober ini.

Mahu menjadikan insiden kegagalan skuad B-16 negara layak ke Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan sebagai pengajaran, beliau enggan terjerat dengan masalah sama dihadapi ‘pasukan adik’ itu meskipun kempen di Indonesia turut menawarkan empat tiket Piala Dunia B-20 di Poland pertengaha­n tahun depan.

Jelas Hodak, beliau lebih tertarik untuk mengambil satu demi satu perlawanan sebelum melihat peluang pasukannya melangkah lebih jauh dalam kejohanan itu nanti.

“Skuad B-16 membuat persiapan lama iaitu empat hingga ke lima tahun dan mereka juga disediakan dengan bajet besar. Namun ia tidak buat pasukan saya, jadi untuk meletakkan sasaran layak ke Piala Dunia bagi saya cukup tinggi dan sukar sama sekali.

“Malah, pada majlis undian kumpulan, kita hanya diletakkan dalam balang empat kerana ranking kita jauh di belakang pasukan lain.

“Maka, saya beranggapa­n kita perlu realistik dan bermula sebagai pasukan ‘underdog’ dengan cuba mencipta kejutan pada setiap perlawanan.

“Tipu kalau saya katakan barisan pemain dan jurulatih tidak mahu pergi ke Piala Dunia B-20, tetapi saya minta mereka ambil satu demi satu perlawanan dan berikan aksi terbaik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Skuad bimbingan Hodak yang memulakan kem latihan fasa akhir di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, Khamis lalu, diundi dalam Kumpulan D bersama bekas juara dua kali Arab Saudi (1986, 1992), China (1985) dan Tajikistan.

Hodak yang berjaya membawa pasukan muncul juara Piala AFF Julai lalu, bakal berdepan Arab Saudi pada aksi pertama 20 Oktober ini, diikuti menentang Tajikistan 23 Oktober sebelum menamatkan aksi kumpulan bertemu China tiga hari kemudian.

 ??  ?? HODAK (belakang, tujuh dari kanan) bersama skuad B-19 selepas menjuarai kejuaraan AFF Bawah 19 pada Julai lalu.
HODAK (belakang, tujuh dari kanan) bersama skuad B-19 selepas menjuarai kejuaraan AFF Bawah 19 pada Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia