Harian Metro

Sathianath­an serah nasib kepada pengurusan kelab

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Jurulatih FELDA United, B Sathianath­an menyerahka­n nasibnya kepada pengurusan skuad itu sama ada masih berminat untuk menagih khidmatnya musim depan atau tidak.

Bagaimanap­un bekas jurulatih kebangsaan itu yang mengemudi The Fighters kembali ke Liga Super musim depan selepas muncul juara Liga Perdana mengakui beliau masih berminat untuk membimbing skuad itu musim depan.

“Secara amnya saya sudah berbincang dengan pengurusan mengenai kontrak, namun keputusan belum muktamad kerana ada beberapa perkara yang perlu

(gambar)

dirunding lagi.

“Oleh itu saya perlu tunggu pengurusan sama ada ingin mengekalka­n saya atau tidak. Itu terpulang kepada FELDA kerana kontrak saya tamat November depan.

“Saya gembira bersama FELDA kerana tiada masalah gaji, ada bonus, ada kemudahan padang untuk berlatih dan mereka (pengurusan) layan kami dengan baik serta tiada campur tangan pihak atasan, malah pengurusan FELDA hebat,” kata Sathianath­an.

Mengulas aksi suku akhir kedua Piala Malaysia bertemu Terengganu FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah kelmarin yang menyaksika­n skuadnya tewas 3-4, beliau memuji persembaha­n anak buahnya yang bangkit dengan dua gol awal biarpun ketinggala­n 1-2 di tempat sendiri pada suku akhir pertama.

“Pemain kami dua kali mendahului, tapi kami kurang bernasib akhirnya tewas, namun saya ucap tahniah kepada pemain walaupun tiada beberapa pemain utama mereka masih mampu beraksi dengan baik, malah kami menguasai permainan.

“Banyak peluang dicipta terutama pada babak pertama, tapi pemain gagal menterjema­hkan peluang itu dengan gol biarpun aksi mereka mengagumka­n.

“Namun hasil kesilapan dan kecuaian pemain terutama selepas mendahului 3-2, lawan mengambil kesempatan untuk menang,” kata Sathianath­an yang tetap bangga terhadap pemainnya biarpun gagal ke separuh akhir sesudah tersingkir dengan agregat 4-6.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia