Harian Metro

Operasi Bersepadu cekup penagih, PATI

-

Kota Kinabalu: Seramai 31 individu ditahan polis dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah di bandar raya ini, kelmarin, selepas didapati terbabit penyalahgu­naan dadah dan tiada dokumen diri yang sah.

Operasi bermula jam 10 malam itu tertumpu di beberapa lokasi, termasuk penempatan setinggan, rumah kongsi dan tapak pembinaan di sekitar Sinsuran, Likas, Bandaran Berjaya, Asia City, Bukit Nenas dan Sepanggar, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi dijalankan selama sembilan jam itu berjaya menahan 31 individu yang didapati melakukan pelbagai kesalahan.

“Seramai 16 individu dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas didapati tidak memiliki dokumen dan 15 individu lagi didapati positif dadah selepas menjalani saringan air kencing.

“Semua individu berusia antara empat hingga 54 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan bagi kesalahan penyalahgu­naan dadah, ditahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Habibi berkata, operasi itu dilakukan bagi mengekang pertumbuha­n PATI dipercayai antara faktor kegiatan jenayah di bandar raya ini.

“Operasi ini juga membabitka­n pelbagai agensi, termasuk Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Selain itu, Sabah Electricit­y Sdn Bhd

(SESB) turut terbabit dalam operasi ini dengan tindakan memutuskan sambungan elektrik haram di kawasan penempatan setinggan,” katanya.

Beliau berkata, operasi itu akan diteruskan pada masa akan datang dan orang ramai dialu-alukan memberi sebarang maklumat berhubung kegiatan menyalahi undang-undang.

“Orang ramai boleh memaklumka­n kepada polis melalui laman facebook rasmi IPD Kota Kinabalu iaitu Polis Kota Kinabalu, atau salurkan maklumat terus ke balai polis berhampira­n.

“Ini adalah usaha kita untuk membantera­s jenayah dan kehadiran PATI di daerah ini,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis melakukan ujian terhadap sampel air kencing dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah di pusat bandar Kota Kinabalu, kelmarin.
ANGGOTA polis melakukan ujian terhadap sampel air kencing dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah di pusat bandar Kota Kinabalu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia