Harian Metro

ANNA SAHUT CABARAN JADI USAHAWAN

- Recqueal Raimi cnews@nstp.com.my

Menjual produk rawatan dan kecantikan pada masa ini bukan sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi berdepan persaingan daripada peniaga lebih berpengala­man serta syarikat gergasi.

Harga ditawarkan pula berpatutan selain dipasarkan secara teratur dan menggunaka­n strategi tersendiri untuk menarik minat pelanggan khususnya wanita.

Namun, cabaran sebegitula­h yang menguatkan lagi semangat Ikon Metro minggu ini, Juliana Abdullah, untuk berjaya sebagai usahawan dan pengedar barangan kosmetik di negeri di bawah bayu.

Juliana berkata, sebagai penjual dan ejen produk kecantikan, jadual hariannya amat padat tetapi dek semangat mahu bergelar usahawan berjaya, dia tidak mudah berputus asa.

Gadis berasal dari Semporna ini berkata, dia juga menimpa ilmu mengenai asas produk kecantikan dan perniagaan.

“Sekarang saya bekerja sebagai pembantu di sebuah butik tetapi masa terluang pada sebelah malam dan cuti umum saya manfaatkan sepenuhnya untuk mengembang­kan lagi perniagaan.

“Berkat kesabaran, sambutan daripada pelanggan sangat baik, sekali gus menjadi motivasi bagi saya untuk terus berjaya meskipun jadual harian amat padat,” katanya.

Antara produk yang dipasarkan Juliana adalah bahan rawatan dan kecantikan khusus untuk pengguna mengalami masalah muka.

Gadis yang lebih mesra dipanggil Anna ini berkata, dia melakukan kerja sampingan itu kerana mahu membantu keluarga.

“Ibu dan bapa saya bekerja sendiri, maka bantuan kewangan yang saya hulurkan sedikit sebanyak meringanka­n beban mereka yang perlu menyara adik-beradik yang ramai,” katanya.

Berkongsi pengalaman kerjayanya, Juliana yang juga anak kedua berkata, kepuasan hati pelanggan menjadi keutamaann­ya.

Berikutan itu Juliana akan sentiasa berhubung dengan pelanggan bagi mendapatka­n maklum balas daripada mereka.

“Pada zaman teknologi sekarang, tak sukar mahu memasarkan produk kerana kita boleh berniaga secara dalam talian.

“Banyak platform media sosial boleh diguna termasuk WhatsApp tetapi kalau mahu pulangan lumayan, kita kena rajin berusaha,” katanya.

Katanya, dia menggunaka­n perkhidmat kurier untuk menghantar pesanan pelanggan jika lokasi mereka jauh.

Dia juga memasang impian untuk membuka pusat rawatan kecantikan dan kesihatan selepas misinya untuk memiliki produk sendiri berjaya direalisas­ikan.

 ?? FOTO: ?? PROFIL
JULIANA ABDULLAH
USIA: 25 tahun
LAHIR: 23 September 1993 ASAL: Semporna
KETURUNAN: Bajau
AGAMA: Islam
TINGGI: 150 sentimeter
BERAT: 53 kilogram
HOBI: Mendaki bukit dan gunung.
KELULUSAN: Sijil Pelajaran Malaysia
PEKERJAAN: Ejen produk kecantikan dan pembantu butik
FOTO: PROFIL JULIANA ABDULLAH USIA: 25 tahun LAHIR: 23 September 1993 ASAL: Semporna KETURUNAN: Bajau AGAMA: Islam TINGGI: 150 sentimeter BERAT: 53 kilogram HOBI: Mendaki bukit dan gunung. KELULUSAN: Sijil Pelajaran Malaysia PEKERJAAN: Ejen produk kecantikan dan pembantu butik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia