Harian Metro

Arif berjiwa bomba sejak di sekolah

-

jejaka kacak ini bersarung rapi uniform berceloren­g jingga dan hitam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Langkah dan tutur katanya diatur dengan penuh keyakinan, jelas terpancar cintanya terhadap pasukan beruniform itu.

Arif Abu Bakar, 37, meminati aktiviti lasak dan badan beruniform sejak kecil dan ketika meningkat remaja, kecenderun­gannya lebih terarah ke bomba kerana ingin berbakti kepada masyarakat.

Malah, pernah menganggot­ai Kadet Bomba sewaktu bersekolah, dia tidak berasa kekok dengan aktiviti kebombaan sehingga sebati dalam diri.

“Tanggungja­wab sebagai anggota bomba bukan tugas mudah apatah lagi ketika berdepan situasi mencabar, berbekalka­n semangat tinggi serta kekuatan fizikal dan mental.

“Biarpun begitu, saya berasa ia amat menggembir­akan kerana selari dengan impian saya,” katanya kepada Metro Ahad.

Arif yang sering membantu menyelamat­kan mangsa berdepan musibah, mengakui harapannya cuma ingin melihat mereka terselamat dan pulang ke pangkuan insan tersayang dengan gembira.

Sepanjang lima tahun berkhidmat dalam pasukan, pelbagai pengalaman suka duka ditempuhin­ya dan setiap detik berharga itu benarbenar memenuhi minat dan kepuasanny­a.

“Dalam satu kejadian di Sebangkoi, kami terbabit dalam operasi menyelamat­kan dua mangsa yang maut selepas kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan. Keduaduany­a dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, namun hasrat itu tidak kesampaian apabila menemui ajal dalam perjalanan.

“Walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu, ia masih segar dalam ingatan saya hingga ke hari ini.

Antara operasi lain yang pernah saya sertai ialah menangkap ular, memusnahka­n sarang tabuan dan menyelamat­kan kucing,” katanya.

Arif berkata, bidang tugas bomba hari ini semakin luas dan menyediaka­n peluang kerjaya benar-benar menarik terutama bagi golongan muda.

Malah, ujarnya, kerjaya profesiona­l itu juga memerlukan mereka yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang.

“Tidak ada yang lebih mengharuka­n apabila sempat menunaikan impian arwah ibu, Hasiah Majani yang ingin melihat saya menyarung uniform keramat ini sebelum dia meninggal dunia tiga tahun lalu.

“Saya juga ingin mengucapka­n terima kasih atas dorongan Ketua Balai Bomba Sarikei, Suna Kaha dan Penolong Kanan II (PBK II ) Haron Jenai serta semua warga Balai Bomba Sarikei. Tanpa bimbingan mereka, siapalah saya hari ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia