Harian Metro

TERSENYUM PANGKU JENAZAH ANAK

Pasangan tenang terima takdir zuriat tunggal 14 bulan meninggal akibat masalah jantung

- Suraya Roslan surayarosl­an@nstp.com.my

Kebiasaann­ya pemergian insan tersayang akan diiringi dengan tangisan dan perasaan kehilangan.

Namun lain pula dengan ketabahan yang ditunjukka­n pasangan ini apabila kelihatan tersenyum ketika memangku jenazah anak perempuann­ya.

Pasangan ini reda dengan ujian dan menerima qada qadar ditetapkan Allah apabila kelihatan tenang ketika melepaskan zuriat tunggal pergi mengadap Ilahi.

Aminur Fathi Saharudin, 30, berkata, arwah anaknya, Auliya Amani dipinjamka­n Allah kepada mereka selama 14 bulan sembilan hari saja.

“Arwah dilahirkan normal dengan berat 2.65 kilogram pada 14 Julai tahun lalu. Memang gembira kerana kami menunggu hampir dua tahun untuk dapatkan Auliya.

“Tapi, pada 23 September lalu jam 4.30 petang, arwah dijemput menghadap penciptany­a,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, arwah disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak dipercayai akibat masalah jantung.

“Ketika usia Auliya tiga bulan, saya kesan ada benjolan kecil sebesar biji guli di bawah ketiak kirinya, berikutan itu saya bawa dia ke Hospital Sungai Buloh, untuk berjumpa pakar.

“Namun pakar memaklumka­n benjolan itu tidak beri sebarang kesan pada arwah.

“Tapi, kerana curiga saya jumpa pakar pemakanan yang kemudian cadangkan arwah menjalani ujian darah dan air kencing. Mengikut jangkaan laporan itu akan diperoleh pada 28 September (kelmarin) tapi, arwah meninggal dunia lebih awal,” katanya.

Wanita itu berkata, sepanjang tempoh itu berat badan arwah juga tidak berkembang sama seperti bayi seusianya yang lain.

Suri rumah itu berkata, pakar memaklumka­n bayinya berkemungk­inan besar menghidap masalah jantung berikutan kuku, bibir dan lidah yang kebiruan ketika meninggal dunia.

Ditanya mengenai gambar dia bersama suami Amizudin Ahmat, 49, tersenyum ketika memangku jenazah bayi mereka seperti yang tular di media sosial Aminur Fathi berkata, mereka sebenarnya mahu mendidik masyarakat agar tidak meratapi kematian.

“Usah gundah-gulana jika anak syurga kembali ke Rahmatulla­h, sepatutnya kita perlu bersyukur sebab Allah pilih kita untuk jaga anak syurga biarpun tak lama.

“Alhamdulil­lah, Allah beri kekuatan kepada kami untuk urus jenazah dengan tenang dan reda dengan pemergian anak syurga kami,” katanya.

Sementara itu, Amizudin berkata, setiap individu Muslim perlu yakin kepada qada dan qadar ditentukan Allah.

“Bukan untuk berbangga atau riak, sejujurnya bukan mudah untuk melalui ujian ini kerana anak syurga kami kembali ke Rahmatulla­h dengan sekelip mata.

“Malah, saya berkali-kali pujuk isteri, kena reda walaupun bukan mudah, tetapi akhirnya dia jadi kuat. Kami hanya insan biasa yang dipilih Allah untuk menjaga anak syurga ini walaupun sekejap saja,” katanya.

Kami mahu didik masyarakat tidak meratapi kematian Amizudin

 ??  ??
 ??  ?? AMIZUDIN dan Aminur reda kehilangan Auliya yang meninggal akibat masalah jantung.
AMIZUDIN dan Aminur reda kehilangan Auliya yang meninggal akibat masalah jantung.
 ??  ?? AMIZUDIN mengebumik­an anak tunggalnya.
AMIZUDIN mengebumik­an anak tunggalnya.
 ??  ?? G AM BAR ke n a n g a n Aminur bersama Au l i ya .
G AM BAR ke n a n g a n Aminur bersama Au l i ya .
 ??  ?? AMIZUDIN di sisi jasad Auliya.
AMIZUDIN di sisi jasad Auliya.
 ??  ?? STATUS Amizudin dimuat naik di Facebook menerima takdir anak meninggal.
STATUS Amizudin dimuat naik di Facebook menerima takdir anak meninggal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia