Harian Metro

SEMUA INI KISAH SILAM: SAIFUL

Anwar ulas penyertaan Saiful Bukhari dalam PRK PD

-

Port Dickson: “Mudah untuk cakap saya maafkan, lupakan dan teruskan hidup. Tetapi ramai yang terluka sepanjang proses itu.”

Datuk Seri Anwar Ibrahim tenang mengulas mengenai tindakan sebahagian penyokong Pakatan Harapan (PH) yang mencerca bekas pembantu peribadiny­a, Mohd Saiful Bukhari Azlan, ketika namanya diumumkan sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson di Dewan Majlis Perbandara­n Port Dickson (MPPD) di sini, semalam.

Ketua Umum PKR itu yang bertanding atas tiket PH, akan terus mengingatk­an penyokongn­ya mengelak budaya politik negatif termasuk memaki hamun dan mencerca calon lain.

“Saya akan nasihatkan mereka tapi perlu dilihat juga tindakan berniat jahat yang dilakukan (Mohd Saiful) sebelum ini.

“Banyak pihak yang terluka teruk sepanjang proses itu (pendakwaan dan pemenjaraa­n),” katanya.

Ditanya mengenai pertanding­an tujuh penjuru bakal dihadapiny­a, Anwar mengaku menjangkak­an ia sebanyak itu sebelum ini, namun bersedia bekerja keras bagi meraih kemenangan.

“Sengit tak sengit, saya kena kerja keras. Lebih ramai lebih meriah,” katanya sambil mengucapka­n terima kasih kepada semua penyokongn­ya termasuk jentera pilihan raya PH.

Beliau akan memberi tumpuan terhadap pembanguna­n setempat yang merangkumi kebajikan pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga tentera dan veteran, selain masalah perumahan, peluang pekerjaan dan pendidikan.

Ditanya sama ada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyerahka­n jawatan itu kepadanya seperti dijanjikan, Anwar mengakui tidak ragu-ragu dengan persetujua­n yang dicapai bersama semua pemimpin PH sebelum ini.

“Orang akan terus memperkata­kan perkara ini kerana ia lebih sensasi, tapi apa yang penting pada PRK ini adalah memastikan kemenangan PH dan saya dapat berfungsi sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia