Harian Metro

Kembara dua kota

Ambil peluang tinjuau London Eye, menara Eiffel sambil rai majlis konvekesye­n anak saudara

- Cemaron Bahari cemaron@mediaprima.com.my

Perancanga­n hampir dua tahun projek Road to London akhirnya menjadi kenyataan apabila saya dan isteri bersama enam lagi anggota keluarga isteri menjejakka­n kaki di kota London pada Jumaat 31 Ogos lalu. Seminggu sebelum itu, lima daripada anggota keluarga isteri sudah berangkat ke London lebih awal kerana melawat Ireland dan Scotland. Idea ke London bermula gara-gara meraikan majlis konvokesye­n anak saudara isteri Nur Adillah Abdul Aziz di University College London (UCL) pada S September lalu. Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Heathrow London mengambil masa hampir 13 jam. Suhu di London amat selesa iaitu waktu siang 18 darjah Celsius manakala malam lebih kurang lapan darjah Celsius. Keadaan yang ideal untuk menjiwai percutian keluarga ini. Kami menyewa dua apartmen di Chase Side iaitu sebuah pekan lebih kurang 60 kilometer (km) dari Heathrow, London. Semua kemudahan dan bekalan makanan halal boleh diperoleh di pekan ini melalui dua pasar raya besar iaitu Asdar dan Tesco. Pada hari pertama kami menaiki kereta api bawah tanah (Tube) menuju ke Westminste­r. Dari atas Jambatan Westminste­r kami melihat pemandanga­n Sungai Thames, London Eye dan bangunan Palace of Westminste­r laitu tempat persidanga­n wakil rakyat Britain. Selepas puas, kami berjalan santai ke Trafalgar Square, melihat Menara Nelson di keliling empat patung singa dan National Gallery yang dipenuhi pengunjung untuk menyaksika­n kumpulan anak muda mempamerka­n bakat seni mereka seperti menyanyi, menari, melukis dan sebagainya. Hampir separuh hari berjalan, perut mula berkeronco­ng. Kami sepakat untuk meninjau China Town dan singgah di kedai Rasa Sayang. Seny uman menguntum apabila diberitahu kedai ini diurus oleh rakyat Malaysia dan inakananny­a halal. Jadi, bolehlah kami menikmati

 ??  ??
 ??  ?? E
% !* #
E % !* #

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia