Harian Metro

Furyk tetap turunkan Mickelson dalam foursome

-

Paris: Kapten Piala Ryder Amerika Syarikat, Jim Furyk mempertaha­nkan keputusann­ya menurunkan Phil Mickelson dalam permainan foursome pada hari pembukaan kelmarin dan turut menolak kemungkina­n Tiger Woods kembali dihantui kecederaan belakang.

Selepas mendahului 3-1 menerusi permainan fourball pada sebelah pagi, AS dibelasah dalam empat acara foursome pada sebelah petang di lapangan Le Golf National.

Namun kekalahan paling teruk adalah menerusi gandingan Mickelson dan pendatang baru Bryson DeChambeau yang tewas 4 & 5 kepada Sergio Garcia dan Alex Noren.

Mickelson, di sebalik semua kekuatanny­a, mempunyai kelemahan di kotak tee apabila pukulannya kurang tepat, sekali gus menimbulka­n persoalan mengapa dia diletakkan dalam format permainan yang mengambil kira semua pukulan, terutama dengan kawasan luar fairway yang sukar.

“Dia berpengala­man luas, antara pemain Piala Ryder yang paling berpengala­man,” kata Furyk, mempertaha­nkan pemenang lima kejuaraan utama itu yang beraksi buat kali ke-12 - rekod penyertaan tertinggi kejohanan setakat ini.

“Saya terdengar cakap-cakap... (tapi) dia adalah Phil Mickelson, juara kejohanan utama. Permainan ironnya sangat bagus jadi saya rasa selesa.

“Saya menaruh keyakinan terhadapny­a dan secara jujur saya akan melakukann­ya sekali lagi. Saya yakin dengan semua 12 pemain saya.”

Furyk turut menafikan masalah kecederaan belakang mengganggu permainan Woods hingga direhatkan pada sebelah petang selepas tewas acara fourball di sebelah pagi.

“Saya tidak dengar pula dia ada masalah belakang. Anda perlu tanya Woods sendiri, tapi tidak, saya lihat dia di lapangan. Dia kata semuanya baik,” kata Furyk mengenai juara 14 kejohanan utama itu. - Reuters

 ??  ?? MICKELSON (tengah) bersama Jordan Spieth (kanan) dan Justin Thomas mewakili pasukan Amerika Syarikat.
MICKELSON (tengah) bersama Jordan Spieth (kanan) dan Justin Thomas mewakili pasukan Amerika Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia