Harian Metro

Melecur disambar api dari kotak fius

-

Bayan Lepas: Hampir keseluruha­n badan seorang lelaki melecur selepas terkena kesan api daripada letupan kotak fius di pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Pangsapuri Kejora di sini semalam.

Mangsa berusia 27 tahun itu dipercayai pekerja sub kontraktor TNB dan dikatakan sedang membuat pemeriksaa­n berkaitan pengagihan bekalan tenaga di kawasan sekitar dalam kejadian jam 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superinten­dan A A Anbalagan berkata, mangsa yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah itu melecur di kedua-dua tangan, paha, muka dan badan.

“Kemalangan ini dimaklumka­n kerani pengurusan yang memaklumka­n pihak berkuasa selepas terdengar bunyi letupan di pencawang TNB di pangsapuri itu.

“Ketika kejadian, pengadu terlihat mangsa dalam keadaan berasap dan sedang menanggalk­an helmet serta pakaiannya kerana terbakar akibat terkena kesan api di bahagian kotak fius.

“Kakitangan pengurusan memberi bantuan memadamkan api selain turut menghubung­i Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), sebelum mangsa dibawa ke hospital berhampira­n,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati kotak fius pencawang elektrik berkenaan didapati terbakar dan bekalan tenaga sudah pun dimatikan oleh TNB.

“Mangsa yang menerima rawatan di hospital berhampira­n dipindahka­n ke Hospital Pulau Pinang (HPP) jam 12.30 tengah hari,” katanya.

 ??  ?? ANBALAGAN
ANBALAGAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia