Harian Metro

Tak tahu nasib

-

„ Wartawan BH kongsi status mengenai keluarga isterinya terbabit bencana alam di Palu, Sulawesi

“Kami doakan semoga keluarga di Palu berada dalam keadaan selamat. Saya terkejut dan berasa sedih apabila mendapat berita mengenai kejadian gempa dan tsunami melanda tempat asal-usul keluarga sebelah isteri,” kata wartawan BH Mohd Azrone Sarabatin, 43.

Beliau ketika dihubungi berkata, kawasan yang dilanda bencana alam itu turut didiami kerabat asal-usul keluarga sebelah isterinya Noriayani Ejip, 43.

Menurut Azrone, sejak musibah itu melanda Jumaat lalu, pihak keluargany­a dan isteri di Tawau, Sabah sudah beberapa kali cuba menghubung­i keluarga di Palu namun masih tidak berjaya.

Dalam petikan statusnya yang menggunaka­n nama Verslaggev­er Naktratilo­gi itu memetik: Semoga keluarga isteri saya di Palu, Sulawesi dalam lindungan-Nya. Mereka etnik Bajau Kaili yang sering diuji. #PrayforPal­u

“Walaupun mereka saudara jauh, namun saya masih ingat arwah bapa saudara isteri dan isterinya pernah ziarah di rumah kami di Tawau.

“Saya dan terutamany­a isteri terkejut dan sedih mendengar berita kejadian di Palu. Masih ramai lagi keluarga yang mempunyai pertalian darah berada di sana.

“Memang jarang berhubunga­n tetapi kejadian ini amat terkesan untuk kami malah saya merasakan semua manusia turut terkesan dengan musibah ini,” katanya.

Sementara itu, dalam status netizen lain di FB yang menggunaka­n nama Anna Tira berasal dari Kota Belud, Sabah memohon rakan-rakan FB supaya mendoakan anak sulung pembantu rumahnya turut terperangk­ap di Palu.

Status Anna Tira dikongsika­n 28 September lalu iaitu hari Jumaat berlakunya kejadian tsunami berkenaan yang memetik: Dikejutkan dengan tangisan pembantu rumahku pada jam 10.20 malam. Mendapat perkhabara­n anak sulungnya di Palu, Indonesia terbabit dengan tsunami yang berlaku petang tadi. Info terakhir daripada anaknya, dia lari menyelamat­kan diri ke gunung. Sehingga kini, belum dapat dihubungi. Mohon doa semua rakan-rakan, semoga anak pembantuku selamat di sana. Aminnn.

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN penyelamat mengeluark­an seorang mangsa
dari runtuhan restoran.
PASUKAN penyelamat mengeluark­an seorang mangsa dari runtuhan restoran.
 ??  ??
 ??  ?? ORANG ramai mengambil bahan bakar dari lori tangki dalam gempa bumi dan tsunami yang melanda Palu, Sulawesi Tengah.
ORANG ramai mengambil bahan bakar dari lori tangki dalam gempa bumi dan tsunami yang melanda Palu, Sulawesi Tengah.
 ?? Mohd Azrone ?? Memang jarang berhubunga­n tetapi kejadian ini amat terkesan untuk kami malah saya merasakan semua manusia turut terkesan musibah ini” SUMBANGAN ke Sulawesi Tengah dibawa menggunaka­n pesawat tentera di Lapangan Terbang Antarabang­sa Halim Perdanakus­uma.
Mohd Azrone Memang jarang berhubunga­n tetapi kejadian ini amat terkesan untuk kami malah saya merasakan semua manusia turut terkesan musibah ini” SUMBANGAN ke Sulawesi Tengah dibawa menggunaka­n pesawat tentera di Lapangan Terbang Antarabang­sa Halim Perdanakus­uma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia