Harian Metro

100,000 tak lepas peluang

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@nstp.com.my

Cuaca panas dan kesesakan lalu lintas tidak menghalang orang ramai untuk mengunjung­i Karnival Jom Heboh anjuran Media Prima Berhad (MPB) yang berlangsun­g di Stadium Batu Kawan, selama dua hari di sini.

Dianggarka­n hampir 100,000 pengunjung hadir ke karnival yang padat dengan pelbagai acara dan program.

Kebanyakan yang hadir terdiri daripada masyarakat setempat selain penduduk di luar daerah itu antaranya Relau, Bukit Minyak dan Taiping, Perak.

Sehingga jam 9 pagi semalam, lebih 40,000 pengunjung menghadiri hadir karnival berkenaan dan jumlah itu bertambah sehingga lebih 50,000 menjelang acara kemuncak yang dinantikan ramai iaitu Konsert Jom Heboh malam tadi.

Seorang pengunjung yang ditemui, Zafrul Hisyam, 32 berkata, lokasi pertama yang dikunjungi­nya bersama isteri Nurul Syakirah Abd Hamid, 25, ialah pameran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mendaftar untuk Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri).

“Saya mahu menyemak kelayakan untuk mendaftar bagi program i-Suri, namun tidak menepati kriteria yang ditetapkan iaitu pendapatan suami mestilah kurang daripada RM1,300.

“Namun saya puas hati dengan penerangan dan layanan yang diberikan pihak KWSP dan program i-Suri ini sememangny­a baik bagi membantu kumpulan suri rumah,” katanya.

Menurutnya, dia datang dari Relau, berkunjung ke program itu selepas mendapat maklumat daripada televisyen.

“Ini kali pertama saya datang dan program ini sangat mengujakan kerana pelbagai promosi barangan daripada syarikat yang menyertain­ya karnival ini, selain pameran daripada agensi berkaitan.

“Saya ingin menunggu sehingga konsert yang akan berlangsun­g malam ini, namun ia bergantung kepada keadaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Seorang lagi pengunjung, Saryanti Sandan, 36, berkata, dia tidak pernah terlepas berkunjung ke Jom Heboh dan ini kali ketiga dia datang sejak pertama kali diadakan di Pulau Pinang beberapa tahun lalu.

“Kami tinggal di Bukit Minyak dan datang ke sini bersama dua anak serta suami dan membeli barangan promosi yang dijual.

“Saya berharap program ini dapat diadakan setiap tahun bagi memberi peluang penduduk negeri ini bertemu personalit­i televisyen dan artis yang hadir.

“Saya tidak kisah bersesak dan berpanas asalkan dapat membeli barangan promosi dan beriadah bersama keluarga,” katanya.

Jom Heboh Batu Kawan adalah satu usaha yang diwujudkan bagi membolehka­n rangkaian televisyen Media Prima Berhad mendekati penonton mereka.

Selain pameran daripada agensi kerajaan dan jualan promosi, orang ramai juga berpeluang bertemu dengan barisan personalit­i TV3 selain beriadah bersama keluarga.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN pengunjung Karnival Jom Heboh 2018, semalam.
SEBAHAGIAN pengunjung Karnival Jom Heboh 2018, semalam.
 ?? Zafrul Hisyam ?? Ini kali pertama saya datang dan program ini sangat mengujakan kerana pelbagai promosi barangan daripada syarikat yang menyertain­ya karnival ini”
Zafrul Hisyam Ini kali pertama saya datang dan program ini sangat mengujakan kerana pelbagai promosi barangan daripada syarikat yang menyertain­ya karnival ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia