Harian Metro

Konvoi amal DGR bantu pesakit kanser

-

Georgetown: Distinguis­hed Gentleman Ride (DGR) Pulau Pinang 2018 menempa sejarah tersendiri apabila lebih 500 penunggang motosikal klasik dan vespa menyertai konvoi amal bagi mengumpul dana bagi pesakit kanser prostat dan mental lelaki di sini, semalam.

Program amal dua hari yang dianjurkan

itu turut menyasarka­n kutipan berjumlah RM4,138.47 (US$1,000) hasil sumbangan peserta yang mengambil bahagian tahun ini.

Penganjur DGR Pulau Pinang, Wan Zamani Ahmad berkata, program tahun ini berjaya menambah 100 lagi penyertaan baru berbanding 400 penyertaan yang diperoleh tahun lalu.

Beliau berkata, kejayaan yang diperoleh adalah hasil kerjasama dan kesedaran serta sokongan masyarakat terhadap acara DGR yang diadakan 30 September setiap tahun, selain keprihatin­an peserta dalam bidang kebajikan.

Katanya, konvoi amal ini turut mendapat perhatian 25 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Penang Marshall Comunity serta rakan niaga lain dan penunggang motosikal klasik berkuasa tinggi seperti Triumph, Harley Davidson,

Royal Enfield, Vespa, Scoomoney, Honda, KTM, Kawasaki dan Lambretta.

“Pelbagai aktiviti menarik lain disediakan termasuk kutipan amal dan persembaha­n pentas,” katanya ketika ditemui di sini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelanconga­n,

Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik, dan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Turut hadir dan mengetuai konvoi amal adalah Exco

Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembanguna­n Desa dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin yang berkonvoi sejauh lebih 20 kilometer melalui beberapa lokasi menarik sekitar

Georgetown dan Tanjung Bungah.

Wan Zamani berkata, matlamat utama adalah membuang persepsi masyarakat terhadap gejala sosial seperti mat rempit dan gangstnner­isme yang sering dipandang serong kini dianggap tercapai dengan sambutan yang terbaik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia