Harian Metro

Leka berjudi

-

Ayat ini menjadikan mereka berminda positif. Ayat seperti ini juga menjadikan mereka lebih bersedia mendepani cabaran semasa bencana dan bersedia menghadapi kehidupan selepas bencana berlalu pergi.

Sejak beberapa dekad lalu, terutama selepas Perang Dunia Kedua, musim cuaca teruk akan berlaku sepanjang Jun hingga Oktober.

Statistik yang dikeluarka­n Jabatan Observator­i Hong Kong menunjukka­n bahawa bulan yang cuacanya teruk adalah purata pada Julai dan Ogos.

Kemungkina­n 60 peratus akan berlaku taufan yang biasanya membawa ribut dan hujan.

Malaysia tidak pernah dilanda taufan, apatah lagi puting beliung. Paling teruk Malaysia cuma menghadapi musim hujan dan ribut petir di kawasan persisiran.

Paling teruk juga Malayisa cuma menghadapi kemarau di kawasan pedalaman.

Kadangkala Malaysia akan menghadapi tanah runtuh. Itu pun berpunca dari hakisan disebabkan kegatalan tangan manusia dan ketamakan rasuah.

Hong Kong kadang-kadang mencemburu­i Malaysia.

Ini kerana Hong Kong secara geografiny­a terdedah kepada segala macam ancaman cuaca, wabak penyakit dan tekanan ekonomi.

Ketiga-tiga faktor ini adalah penyumbang kepada risiko Hong Kong sebagai hub kehidupan dan pusat kecemerlan­gan ilmu, perdaganga­n dan kewangan dunia.

Namun, orang Hong Kong memang dilahirkan kental.

Mereka berani turun ke laut untuk menangkap ikan walaupun lautan mula bergelora.

Mereka bersedia secara mental dan fizikal untuk mengharung­i lautan luas.

Orang kita dengar guruh di langit, terus tarik balik selimut sambung tidur sampai minggu depan.

Kalau ada yang berani pun tetapi turun ke laut dengan sampan yang usang.

Taufan dan puting beliung adalah fenomena cuaca yang seakan sama kerana kedua-duanya berpusar bercirikan banyak kepulan awan tersusun beserta ribut petir.

Taufan berasal dari pentas lautan Pasifik manakala puting beliung berasal dari pentas lautan Atlantik.

Secara ringkas, seperti yang dipelajari ketika sekolah rendah, fenomena taufan berlaku apabila titisan air lautan naik ke udara disebabkan kepanasan.

Semula jadinya air tersebut berputar apabila ia perlahan-lahan menjadi sejuk.

Semakin banyak ia berkumpul menghasilk­an angin kencang dan hujan lebat, bergerak pada kelajuan 118 kilometer sejam di pusat taufan.

Kejadian alam ini dikategori­kan sebagai siklon.

Amaran taufan menjadi panduan untuk masyarakat Hong Kong merancang perjalanan mereka ke tempat kerja dan sekolah.

Signal 1 hingga 3 bermakna taufan masih jauh, sekitar 60 kilometer sejam dan pengangkut­an awam masih dioperasik­an kecuali penerbanga­n dan pelayaran.

Signal 8 bermakna angin selaju 180 kilometer sejam dan sekolah serta pejabat akan ditutup.

Pekerja dan pelajar digalakkan pulang ke rumah masing-masing dengan segala macam amaran awal.

Signal 10 bermaksud angin mencecah 200 kilometer sejam dan ia membawa ribut petir beserta hujan yang sangat lebat.

Sejak Perang Dunia Kedua, berlaku 15 kali taufan signal 10 yang selalunya membawa bencana, kerosakan harta benda malah kematian.

Pada 2017, taufan Hato mencederak­an 129 orang, kerosakan 5,300 pokok tumbang dan 480 pembatalan penerbanga­n. Hato dikurniaka­n gelaran

dianggarka­n berkelajua­n 185 kilometer sejam di pusat taufan.

Taufan Ellen melanda Hong Kong pada 1983 selama lima jam dan mengorbank­an 10 orang dan 333 kecederaan.

Pada kemuncak Ellen, direkodkan kelajuan anginnya sekitar 237 kilometer sejam.

Taufan Hope walaupun namanya positif, penuh dengan pengertian dan harapan mengorbank­an 12 orang dengan 260 orang cedera.

Pada Ogos 1971, Taufan Rose melanda Hong Kong dengan mengorbank­an 110 mangsa.

Manakala Taufan Wanda mengorbank­an 130 nyawa melanda pada 1962 serta memusnahka­n kediaman untuk 72,000 penduduk Hong Kong.

Taufan Mangkhut mengambil 64 nyawa di kepulauan Filipina sebelum beransur lemah dan hilang di pergununga­n Guangdong.

Hampir 2.4 juta manusia dipindahka­n sepanjang laluan Mangkhut.

Bandar Haiyan paling teruk dilanda ribut petir dan hujan. Beratus penerbanga­n dibatalkan, malah sistem kereta api laju juga dihentikan.

Malah, buat pertama kalinya dalam sejarah, Macao menutup semua 42 kasino yang beroperasi 24 jam sehari.

Buat pertama kalinya juga kegiatan utama ekonomi Macao terhenti seketika. Tapi bukannya mereka balik rumah pun bila kasino ditutup.

Mereka melencong pula pergi ke lorong belakang buka daun terup dan judi lumba katak dalam longkang.

Kalau dah tahi judi tu, taufan ka, puting beliung ka, siklon ka, bini ka... taruhan dulu yang diutamakan.

Penulis pengurusan kanan CMC Engineerin­g di Hong Kong

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia