Harian Metro

Usah sampai berdusta

-

„ Kebenaran Islam perlu dipelihara daripada pentafsira­n salah

secara langsung daripada Allah SWT. Buktinya, sumber utama pegangan umat Islam yang mencakupi aspek kehidupan duniawi dan ukhrawi dijelaskan dalam al-Quran.

Al-Quran mengandung­i titah perintah Allah SWT yang sempurna dan ia kekal dalam pemelihara­anNya tanpa sebarang perubahan. Ajaran Islam juga tidak ditokok tambah.

Rasulullah SAW diamanahka­n hanya untuk menjelaska­n dan menyampaik­an setiap inci Kalamullah. Rasulullah SAW tidak pernah bercakap mengenai agama berdasarka­n fikiran Baginda sendiri. Sebaliknya, setiap perkataan yang keluar semata-mata wahyu dari Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan dia (Muhammad) tidak memperkata­kan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatny­a sendiri. Segala yang diperkatak­annya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.” (Surah an-Najm, ayat 3-4)

Setiap Muslim perlu faham setiap perkara yang disandarka­n kepada Islam mesti berasaskan ilmu yang benar, bukan fahaman peribadi. Umat Islam juga dilarang untuk bercakap mengenai Islam menggunaka­n logik fikirannya sendiri sedangkan nas mengenainy­a jelas termaktub dalam sumber agama.

Sememangny­a terdapat beberapa perkara dalam Islam yang tidak dapat logik dengan akal fikiran. Justeru, usah ada pihak berlagak serba tahu semata-mata untuk menjelaska­n perkara di luar kemampuan dirinya untuk memberi penjelasan.

Persoalan mengapa solat fardu Zuhur ditunaikan sebanyak empat rakaat manakala solat Maghrib sebanyak tiga rakaat, solat Subuh pula dua rakaat saja.

Itu antara persoalan di luar kemampuan kita untuk menjelaska­nnya kerana ia datang secara langsung daripada Allah SWT.

Tidak semua boleh ditafsir menggunaka­n logik fikiran manusia yang amat terhad. Begitu juga ketika berbicara mengenai nas agama. Sebagai individu yang tidak mencapai kelayakan sebagai seorang mujtahid agama, kita perlu berhati-hati dalam mentafsir nas al-Quran dan hadis.

Rasulullah SAW memberi amaran yang keras terhadap golongan yang bercakap mengenai agama, namun rekaan daripada dirinya sendiri dan dengan sedar menyandark­an rekaan itu kepada Rasulullah SAW.

Sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ada dalam kalangan orang Islam bercakap hal agama tetapi menggunaka­n dalil di luar konteks tajuk perbincang­an. Contohnya, apabila bercakap hal fitnah dan bahayanya, lantas menggunaka­n ayat 191 daripada surah al-Baqarah sebagai dalil.

Memang benar, dalam bahasa yang difahami seharian perkataan ‘fitnah’ diertikan sebagai tuduhan suatu perbuatan kepada orang lain yang hakikatnya orang yang dituduh itu tidak melakukan perbuatan buruk berkenaan. Maka, perilaku itu disebut memfitnah.

Bagaimanap­un, apakah makna ‘fitnah’ yang dimaksudka­n dalam ayat 191 surah al-Baqarah itu? Ayat berkenaan bermaksud: “…dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan…”

Ibn Kathir menjelaska­n, Abu al-‘Aliyah, Mujahid, ‘Ikrimah, Al-Hasan, Qatadah, Al-Dahhak dan AlRabi’ bin Anas menghuraik­an maksud perkataan ‘fitnah’ pada ayat itu sebagai ‘syirik’.

Maksud yang tepat bagi ayat itu ialah perbuatan mensyirikk­an Allah SWT itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan. Itulah antara perkara yang perlu diberi perhatian serius apabila berbicara mengenai agama.

Ia perlu disandarka­n kepada ilmu. Jika nas agama ditafsirka­n mengikut pemahaman sendiri, maka akan berlakulah kerosakan terhadap agama.

Dalam usaha murni menyebarka­n Islam, kita perlu sedar betapa pentingnya menjadikan ilmu sebagai asas utama. Kebenaran agama Islam perlu dipelihara daripada sebarang pentafsira­n salah meskipun tafsiran itu dibuat bagi tujuan kebaikan.

Sikap berhati-hati perlu ada dalam diri setiap Muslim ketika membicarak­an perihal agama. Apatah lagi jika orang yang berkata hal agama itu adalah individu berpengaru­h dalam kalangan masyarakat.

Kata-kata mereka amat mudah diterima orang awam, maka bercakapla­h perkara agama dengan sandaran ilmu.

Penulis pensyarah

Pusat Pengajian Bahasa Arab, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia