Harian Metro

Elak ‘berkata ke atas Allah tanpa ilmu’

-

Justeru, arahan itu secara asasnya membawa hukum wajib berbuat makruf kepada perempuan dalam urusan kehidupan. Imam al-Qurthubi yang menafsirka­n ayat itu berkata: (Iaitu) dengan cara yang Allah perintahka­n daripada pergaulan yang baik. Dan seruan itu adalah kepada semua kerana setiap seorang mempunyai pergaulan sama ada seorang suami atau seorang wali. Akan tetapi yang dimaksudka­n dengan perintah itu secara kebiasaann­ya adalah suami. (Rujuk Al-Jaami’ Li Ahkam al-Quran, Al-Qurthubi - 5/84)

Begitu juga berdasarka­n satu riwayat daripada Ibn Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik (hubunganny­a) dengan ahli keluargany­a dan aku adalah yang paling baik di antara kamu kepada keluargaku.” (Riwayat Ibn Majah - 1977)

Hadis itu antara bukti keagungan dan keindahan ajaran Islam yang menganjurk­an orang lelaki khususnya suami untuk berbuat baik kepada ahli keluarga meliputi isteri, anak dan kaum kerabatnya.

Syeikh Muhammad Abd al-Rahman al-Mubarakfur­i Rahimahull­ah apabila mensyarahk­an hadis itu berkata: (Iaitu berbuat baik) kepada kaum keluargany­a dan juga mereka yang mempunyai hubungan silaturahi­m dengannya. Menurut pendapat lain: (Iaitu) kepada isterinya dan juga kaum kerabatnya. (Rujuk Tuhfat alAhwazi, Al-Mubarakfur­i 10/269)

Kami tidak menjumpai sebarang sokongan dan sandaran al-Quran dan juga hadis Nabi SAW yang menyebutka­n mengenai hal itu. Dalam isu menyatakan fadilat dan ganjaran terhadap sesuatu amalan, ia mestilah disandarka­n kepada riwayat yang sahih.

Agama ini adalah milik Allah SWT yang disampaika­n Rasulullah SAW kepada umatnya. Justeru, apabila diletakkan ganjaran ke atas amalan tertentu tanpa mempunyai sandaran daripada alQuran dan sunah, ia ditakuti termasuk dalam perbuatan ‘berkata ke atas Allah tanpa ilmu’ yang jelas dilarang syarak.

Kesimpulan­nya, kenyataan itu sekiranya dianggap sebagai hadis, ia tidak sahih kerana tidak ada riwayat yang sahih menyatakan perkara berkenaan.

Namun, kami tidak menafikan dari sudut mafhum kenyataan itu, ada antaranya yang boleh diperincik­an dengan hadis lain. Contohnya, Nabi

SAW ada menyebut dalam hadis diriwayatk­an Abu Zarr al-Ghifari yang bermaksud: “Dan kemaluan salah seorang kamu juga ada sedekah. Ditanyakan: Pada syahwat seseorang juga terdapat sedekah?

Baginda menjawab: “Kalau diletakkan syahwat pada tempat yang haram (berzina) tidakkah seseorang itu mendapat dosa? Begitulah juga apabila syahwat diletakkan di tempat yang halal (persetubuh­an suami isteri), maka dia mendapat pahala. (Riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad 227)

Hadis itu boleh juga dikaitkan dengan makna kenyataan dalam persoalan itu secara umum. Sekiranya seseorang menyentuh perempuan yang bukan mahram dan tidak halal baginya, maka dikira berdosa.

Justeru, apabila seorang lelaki menyentuh isteri yang halal baginya, maka mudah-mudahan dia diberikan ganjaran pahala. Berhubung mencium isteri mendapat 10 ganjaran pahala, kita boleh kaitkan ia dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesiapa yang membawa satu kebaikan, maka dia mendapat sepuluh ganjaran pahala.” (Surah al-An’aam, ayat 160)

Sumber: Al-Kafi Li al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia