Harian Metro

Sesi perbahasan secara tertutup Bebas bersuara

- Mohd Azrone Sarabatin dan Mohd Nasaruddin Parzi cnews@nstp.com.my

Suasana hari kedua Perhimpuna­n Agung UMNO sangat berbeza kali ini apabila sesi perbahasan dijalankan secara tertutup.

Wartawan dan jurugambar yang membuat liputan perhimpuna­n tidak dibenarkan masuk ke Dewan Merdeka.

Pusat media yang terletak di bilik Mawardi tingkat dua Pusat

Dagangan Dunia Putra (PWTC) penuh dengan wartawan dan jurugambar yang duduk sambil mendengar siaran ulangan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam kelmarin.

Sebelum ini, UMNO menjelaska­n ada siaran tertunda sesi perbahasan yang berlangsun­g di

Dewan Merdeka kira-kira jam 10.30 pagi.

Suasana di luar Dewan Merdeka dipenuhi ramai pemerhati, namun tidak sesak seperti Perhimpuna­n Agung UMNO sebelum ini.

Aktiviti dan acara sampingan juga tidak semeriah tahun sebelum ini manakala peniaga yang mengambil bahagian untuk jualan dan pameran juga terhad.

UMNO tidak akan mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap mana-mana pemimpinny­a yang menyuaraka­n kritikan secara terbuka jika bertujuan membina semula parti.

Presidenny­a, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kaedah itu sebahagian daripada pendekatan baharu parti dalam meraikan perbezaan pendapat dalam kalangan pemimpinny­a.

“Walaupun ada pihak cuba sedaya upaya untuk hancurkan UMNO sama ada dari dalam dan luar, asalkan perpaduan dalaman mantap, kita akan terus berjuang.

“Oleh kerana negara ini mengamalka­n demokrasi sama ada menang atau kalah pilihan raya, perdebatan politik mesti dihormati. Kita menghormat­i keluhuran undang-undang, bukan ambil tindakan (semata-mata),” katanya pada sidang media selepas tamat Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU) 2018, di sini, semalam.

Menyentuh langkah dibuat untuk memperkuku­hkan parti, beliau yakin ahli faham mengenai apa yang dimaksudka­n dalam ucapannya malam kelmarin.

“Saya tidak merujuk kepada mana-mana individu. Pintu rundingan sentiasa terbuka. Jika kamu ada sesuatu perbezaan (pendapat) sila jumpa saya.

“Jika tujuan beri kritikan saya boleh terima, tetapi mesti membabitka­n saranan membina (kepada parti). Berhentila­h melakukan

„ UMNO tak halang, tiada tindakan disiplin terhadap pemimpin kritik secara terbuka

perkara ketidakset­ujuan. Dalam usaha meraikan perbezaan maka kita tidak boleh ambil tindakan itu semata-mata melayan perbezaan pandangan.

“Saya ambil sikap terbuka apabila berbeza pendapat dan harap (dia) jadi pemimpin utama pada masa depan. Jika dalam keadaan waktu itu, individu berkenaan akan ambil jalan, sama ada buat rundingan di dalam atau di luar. Saya pilih rundingan dalaman sebab pendekataa­n ini terbaik untuk menjaga parti. Jangan ambil kesempatan dalam kesempitan,” katanya.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilihat antara pemimpin yang lantang menyuaraka­n kritikan terhadap kepimpinan sekarang, terutama berkaitan hala tuju parti.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan Pakatan Harapan mesti menunjukka­n moral yang terpuji dengan tidak menyimpan dendam terhadap seseorang yang pernah berjasa kepada parti dan negara.

“Negarawan patut dihormati. Jangan jatuhkan imej bekas ketua negara. Prinsip hormati demokrasi mestilah berbuat begitu,” katanya.

Menyentuh kritikan berterusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap UMNO di luar negara, Ahmad Zahid berkata, beliau bukan lagi bersama parti itu.

 ??  ?? AHMAD Zahid ketika sesi penggulung­an
perhimpuna­n.
AHMAD Zahid ketika sesi penggulung­an perhimpuna­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia