Harian Metro

Rangkul lapan kemenangan

- Sarah Aina Shawal Sarah.aina@bh.com.my

Politeknik Kota Kinabalu juara keseluruha­n Festival Kebudayaan dan Semarak Merdeka

Politeknik Kota Kinabalu, Sabah melakar sejarah apabila buat julung kalinya dinobatkan sebagai pemenang keseluruha­n Festival Kebudayaan dan Semarak Merdeka, Politeknik dan Kolej Komuniti 2018 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), barubaru ini.

Politeknik Kota Kinabalu turut merangkul lapan kemenangan lain termasuk menjuarai pertanding­an dikir barat dan nyanyian duet lagu patriotik.

Tempat kedua keseluruha­n pula menjadi milik PSA sementara Politeknik Kota Bharu, Kelantan menjadi pemenang tempat ketiga.

Hadiah kepada pemenang keseluruha­n disampaika­n Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz yang turut merasmikan majlis penutup festival berkenaan. Turut hadir, Pengarah PSA, Dr Mohd Zahari Ismail.

Dr Mohd Ismail berkata, acara sebegini bukan hanya sambutan sematamata malah turut menjadi medium lain untuk penuntut mengenali dan menghayati erti kemerdekaa­n yang sebenar.

“Kemerdekaa­n bukanlah sekadar bebas daripada cengkaman kuasa dan minda penjajah, tapi ia lebih membanggak­an apabila setiap rakyatnya perlu mempunyai perasaan kasih dan sayang kepada negara ini dengan sepenuh jiwa raga. Selain sanggup berkorban apa saja demi negara dan semangat itu harus dipupuk dari sekarang,” katanya.

Beliau berkata, generasi muda hari ini adalah penentu jatuh bangun sesebuah negara dan aset penting bagi mengekalka­n kedaulatan serta keharmonia­n negara pada masa akan datang.

Sempena festival itu, pelbagai acara diadakan termasuk dikir barat, solekan berkarakte­r, nyanyian lagu patriotik, pertanding­an fotografi dan melukis potret tokoh.

Sementara itu, jurulatih dikir barat bagi pasukan Gema Pendita Politeknik

Kota Kinabalu, Mohd Khairul Fathi Mokhtar berkata, pihaknya tidak menjangka kemenangan itu sekali gus dinobatkan sebagai johan dikir barat dan menggondol anugerah utama johan keseluruha­n festival.

“Kemenangan ini hadiah buat Politeknik

Kota Kinabalu atas sokongan semua pihak yang bertungkus-lumus memberi komitmen berkorban masa beberapa minggu merealisas­ikan impian untuk melakar kejayaan ini terutama daripada semua ahli peserta,” katanya.

 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian tradisiona­l daripada pelajar memeriahka­n lagi majlis penutup festival.
PERSEMBAHA­N tarian tradisiona­l daripada pelajar memeriahka­n lagi majlis penutup festival.
 ??  ?? MOHD ISMAIL (tengah) bersama pemenang tempat pertama kategori dikir barat Kumpulan Gema Pendita.
MOHD ISMAIL (tengah) bersama pemenang tempat pertama kategori dikir barat Kumpulan Gema Pendita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia