Harian Metro

‘Tiada jalan mudah’

-

Bisnes bermula dengan jual pelbagai jenis produk kecantikan, pakaian secara dalam talian

“Atas sebab itu, saya sering kali mengingatk­an diri sendiri, saya perlu bekerja keras untuk mereka,” katanya memulakan bicara.

Nurul Hasnita berkata, selepas tamat pengajian di Universiti Malaya

(UM), dia bersyukur kerana diterima bekerja di Putrajaya sebelum bertemu jodoh.

“Saya kemudian berhenti bekerja selepas melahirkan cahaya mata pertama dan bermulalah rutin harian sebagai suri rumah sepenuh masa ketika itu.

“Pada mulanya saya sangkakan semuanya seronok namun sebaliknya, ini bukan kerana wang semata-mata tetapi disebabkan saya sudah terbiasa bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri,” ujarnya.

Menurutnya, bermula daripada itu, dia mula runsing memikirkan tanggungja­wabnya sebagai seorang anak.

“Suami mampu menyara saya dan anak tetapi saya tetap mahu bekerja untuk membahagia­kan ayah. Bermula dari detik itu saya memikirkan pekerjaan yang sesuai dilakukan.

“Tanpa sebarang modal besar, saya mula menjual pelbagai jenis produk kecantikan atau pakaian secara dalam talian kerana selain mudah, ia juga sesuai dengan status saya sebagai suri rumah ketika itu,” katanya.

Katanya, berkat kesungguha­n dan semangatny­a, dia berjaya memperoleh kembali pendapatan bulanan atas titik peluh sendiri.

“Saya amat gembira, kerana dapat membeli apa saja yang diinginkan dan pada masa sama tidak mengabaika­n tanggungja­wab sebagai isteri dan ibu.

“Saya mula mengikuti pelbagai kursus dan seminar perniagaan bagi menambah ilmu serta kemahiran

diri,”ujarnya.

Berkat doa ibu bapa juga suami tercinta menjadikan Nurul Hasnita seorang wanita yang layak dikagumi kini. Dia kemudian memberanik­an diri membuka spa kecantikan iaitu Spa Zaujah dan butik pakaian Pakaryta Exclusive di Johor Bahru, Johor.

“Tiada laluan mudah. Semuanya memerlukan perancanga­n rapi memandangk­an cabang perniagaan yang saya ceburi ini terlalu banyak persaingan­nya.

“Disebabkan itu, saya dan suami sering berbincang untuk mencari kelainan serta keistimewa­an perniagaan sendiri bagi membuatkan pelanggan tidak datang sekali saja,” katanya.

Atas sebab itu, wanita ini memilih untuk memfokuska­n perniagaan butik pakaian berasaskan busana dan kelengkapa­n menunaikan haji serta umrah selain turut menjual busana serta tudung khusus untuk Muslimah.

“Walaupun ramai yang menawarkan khidmat ini, saya rasakan persaingan untuk busana jenis ini agak berkuranga­n berbanding fesyen lain. Malah pada masa sama, saya gembira dapat membantu individu yang sedang membuat persiapan untuk mengerjaka­n ibadat ke Tanah Suci.

“Syukur, semuanya dipermudah­kan dan sambutan diterima juga memberangs­angkan. Bagaimanap­un, saya juga tidak boleh leka dalam menguruska­n hal ehwal spa terutama bagi memastikan pelanggan berpuas hati dengan setiap rawatan kecantikan dijalankan,” ujarnya.

Menurut Nurul Hasnita, selain komitmen dirinya, dia juga yakin bantuan diberikan setiap pekerjanya amat penting demi memastikan semua urusan perniagaan berjalan lancar.

“Disebabkan itu, saya jadikan pekerja sebagai rakan saya sendiri. Saya tidak mahu wujudkan jurang antara kami. Saya juga mahu mereka senang dan gembira setiap kali datang bekerja.

“Selain pekerja, saya juga berusaha membantu setiap ejen dan untuk memperoleh pendapatan diinginkan melalui hasil jualan pakaian. Kebanyakan mereka adalah golongan suri rumah dan saya sendiri tahu bagaimana situasi mereka atas pengalaman diri sendiri,” katanya.

Selepas hampir 10 tahun bertapak dalam bidang perniagaan, pelbagai suka duka sudah ditempuhi sehingga dia berada pada tahap kini.

“Soal ditipu itu perkara biasa. Saya berdepan dengan pelbagai ragam dan sikap manusia terutama yang tidak jujur. Ada saja pihak yang mahu mengaut keuntungan dengan cara mudah sehingga sanggup melakukan taktik kotor.

“Namun semua itu tidak sedikit pun mematahkan semangat. Saya bersyukur dianugerah­kan suami dan rakan karib yang banyak membantu terutama pada awal pembabitan saya dalam bidang ini,” katanya.

Nurul Hasnita berkata, dia juga bangga kerana berjaya membuktika­n dengan usaha dan semangat sendiri, semuanya dapat dicapai.

“Walaupun kehidupan saya agak berubah kini terutama dari segi jadual harian namun saya sentiasa berusaha untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik.

“Seawal jam 6 pagi, saya mula menyiapkan keperluan anak-anak dan suami sebelum menghantar tiga anak ke Akademi Darul Huffaz manakala dua lagi anak diuruskan suami memandangk­an sekolah mereka dekat dengan tempat kerja suami.

“Selesai menghantar anak-anak ke sekolah, saya akan pulang semula ke rumah menguruska­n urusan rumah tangga sebelum pergi ke butik dan spa kira-kira jam 10.30 pagi,” katanya.

Menurutnya, disebabkan mempunyai komitmen yang tinggi pada keluarga, tugas di spa dan butik banyak dibantu kakitangan­nya.

“Saya bersyukur kerana mempunyai pekerja yang baik dan boleh dipercayai. Mereka banyak membantu urusan di pejabat dan semuanya berjalan dengan lancar.

“Saya bersyukur atas semua perkara termasukla­h kes ditipu kerana ia menjadi pengajaran berguna dan mematangka­n saya. Namun yang paling utama kini saya dapat membahagia­kan ayah memandangk­an ibu sudah meninggal dunia.

“Bagi saya, dalam apa juga perkara, paling penting adalah keberkatan kerana ia antara kunci utama untuk berjaya dalam perniagaan atau apa saja bidang kerjaya diceburi,” ujarnya.

 ?? FOTO ?? GIGIH dalam setiap apa yang
dilakukan.
SUAMI menjadi tulang belakang kejayaanny­a.
FOTO GIGIH dalam setiap apa yang dilakukan. SUAMI menjadi tulang belakang kejayaanny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia