Harian Metro

Buat sendiri makanan tambahan

-

“Sukar dari segi kecergasan diri dan kesihatan. Bermula daripada itu, kami bersama-sama memikirkan kaedah paling berkesan bagi mengatasi masalah ini kerana saya bimbang berat badannya semakin meningkat.

“Mungkin mudah bagi sesetengah individu untuk menurunkan berat badan namun tidak semua bernasib baik kerana ada yang amat sukar walaupun sudah melakukan pelbagai usaha,” katanya.

Menurutnya, satu demi satu kajian dilakukan bersama, dia dan suami berusaha mencari jawapan terbaik untuk menurunkan berat badan.

“Saya sudah kawal pemakanann­ya, dia sudah lakukan senaman namun agak sukar untuk konsisten dan bermula daripada itu, kami bersama-sama mengkaji satu persatu bahan makanan yang dapat membantu proses menurunkan berat badan secara semula jadi.

“Pada mulanya, usaha menghasilk­an makanan tambahan ini hanya untuk kegunaan suami dan disebabkan itu, kami tidak terburu-buru untuk menjual produk ini,” ujarnya.

Berjaya menemui hasil diinginkan, pasangan suami isteri terbabit yang menguruska­n perniagaan De Msr Empire Sdn

Bhd akhirnya berjaya menghasilk­an makanan tambahan F2F Firmo berasaskan pati buahbuahan yang berkesan kepada mereka sendiri.

“Apabila suami berjaya turunkan berat badannya ramai mula bertanya sebelum kami nekad untuk berkongsi mengenai makanan tambahan ini.

“Tidak berniat menjual, kami pada mulanya mengedarka­n pek percubaan kepada individu berminat sebelum mendapat sambutan memberangs­angkan,” katanya.

Menurutnya, pengambila­n makanan tambahan itu membuatkan individu tidak lapar selama enam hingga 12 jam bergantung kepada aktiviti dilakukan.

“Selain itu, pengguna tidak akan mengalami cirit-birit dan pada masa sama masih boleh mengambil nasi cuma perlu menghadkan­nya dalam kuantiti sesuai.

“Kami memperkena­lkan dua jenis produk yang datang dalam bentuk kapsul dan sachet mengikut pilihan masingmasi­ng pada harga RM150,” ujarnya.

Pengambila­n

buatkan individu tidak lapar selama 6 hingga

12 jam bergantung

aktiviti dilakukan

Tidak mahu memfokuska­n kepada penjualan produk sematamata, pasangan suami isteri ini turut berusaha membantu individu obes untuk menurunkan berat badan.

Menurut Izza Hedayu Aida, pihaknya turut menyediaka­n khidmat nasihat dan tunjuk ajar dikendalik­an jurulatih bertauliah secara peribadi kepada mana-mana individu yang sedang berusaha menurunkan berat badan melalui dalam talian terutama pengguna produknya.

“Sesi nasihat itu lebih kepada tunjuk ajar mengawal pemakanan harian dengan senaman bersesuaia­n bagi memastikan individu terbabit tidak tertekan.

“Ini kerana proses penurunan berat badan juga perlu berlaku secara terkawal dan tanpa tekanan kerana emosi memainkan peranan penting dalam proses menurunkan berat badan,” katanya.

Menurutnya, dia dan suami tidak menyuruh atau memaksa mana-mana individu untuk membeli produk makanan tambahan dihasilkan mereka.

“Semua terpulang kepada individu terbabit.

Jika mereka hanya mahu dapatkan khidmat nasihat, kami akan bantu kerana saya sendiri amat memahami kesukaran serta cabaran untuk menurunkan berat badan.

“Saya puas apabila dapat membantu ramai individu mencapai berat badan diinginkan terutamany­a kepada individu yang mempunyai berat lebih 100 kg kerana cabarannya sangat besar,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya juga pada masa sama membantu individu obes yang sudah berjaya menurunkan berat badan untuk menjana pendapatan sendiri.

“Kurus itu tidak penting kerana apa yang lebih utama adalah kesihatan dan berat badan ideal kerana ia mempengaru­hi rutin harian seseorang. Apa yang penting adalah semangat kerana tidak ada gunanya jika semua usaha dilakukan separuh jalan,” katanya. - Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? IZZA Hedayu Aida memahami cabaran dihadapi individu obes.
IZZA Hedayu Aida memahami cabaran dihadapi individu obes.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia